Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ni.man] | سنيمن

Definisi : 1. orang yg mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu (spt pelukis, penyair, penyanyi, dll); 2. bintang filem (lelaki) yg telah lama melibatkan diri dlm perfileman dan telah mencapai tahap yg ter-tentu: ~ Mustafa Maarof; S~ Agung seniman yg paling tinggi kedudukannya: S~ Agung P. Ramlee; kesenimanan hal (sifat, ciri, dll) yg ber-kaitan dgn seniman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ni.man] | سنيمن

Definisi : 1 orang yg mencipta sesuatu hasil seni spt pelukis, penyair. 2 bintang filem lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seniman (kata nama)
1. Bersinonim dengan orang seni: artis, pelukis, penyair, penari, pelakon, pengukir, penyajak, pengarang, dramatis, pencipta, penggubah, pemahat, bintang filem,

2. Bersinonim dengan bintang filem lelaki: aktor, anak wayang.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kunstleromankunstleromanKesusasteraanTiadaSuatu bentuk naratif yang mengisahkan perkembangan seorang seniman atau watak yang menyerupai seniman dari peringkat kanak-kanak hingga peringkat baligh. Contoh Kunsleroman ditemui dalam karya James Joyce bertajuk A Portrait of the Artist as a Young Man (1916). Istilah kunstleroman wujud daripada gabungan istilah Jerman kunstler bermaksud �seniman; dan istilah Perancis roman bermaksud �novel�. Lihat juga bildungsroman.
bardbardaKesusasteraanTiadaSeniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga diiringi dengan alat muzik seperti rebab, seruling, dan belanga. Antara tokoh penglipur lara Melayu yang terkenal ialah Pawang Ana dan Mir Hasan di Perak dan Pak mahmud di Perlis. Lihat juga lipur lara.
artistsenimanKomunikasiTiada1. Individu yang terlibat dalam aktiviti yang bersifat kesenian seperti pelukis, pereka pakaian dan sebagainya. 2. Individu yang terlibat dalam aktiviti persembahan seperti penyanyi, pelakon, jurusolek, pelawak dan penari. 3. Persatuan Artis-artis Filem Malaysia.
ceramic artistseniman seramikKesenianTiadaTiada
theatre artistseniman teaterKesenianDrama dan TeaterPelakon atau penggiat teater yang telah mencipta nama dalam dunia pementasan teater.
call boypenyambut senimanKomunikasiTiadaPetugas di stesen radio atau televisyen yang bertanggungjawab menjemput artis ke studio apabila diperlukan.
camerata (It)kamerataKesenianTiadaSeniman Itali abad keenam belas.
black arts movementgerakan seni kulit hitamKesusasteraanTiadaGerakan seni warga Amerika berkulit hjitam yang menentang hebat konsep seni yang mengasingkan seniman daripada komunitinya. Gerakan ini berkait rapat dengan konsep Black Power. Oleh yang demikian, gerakan seni kulit hitam membayangkan sejenis seni yang ketara yang menyentuh hasrat dan hak warga Amerika berkulit hitam. Untuk memenuhi wawasan ini, ahli gerakan seni kulit hitam mencadangkan penyusunan semula gerakan secara radikal terhadap estetika dan budaya Barat. Gerakan ini juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, kritikan dan ikonologi yang tersendiri. Dalam usaha mengembangkan Black Aesthetics, seniman berkulit hitam merujuk kepada tradisi budaya Afro-Amerika dan mana-mana budaya yang sesuai dari negara Dunia Ketiga.
negritudenegritudeKesusasteraanTiadaGerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance.
artisticberseni; kesenianPentadbiran PerniagaanTiadaBerkaitan dengan ciri-ciri seni atau seniman.
12

Kembali ke atas