Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ja] | سنجا

Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam), ketika hampir akan malam: ~ hampir tiba, ayam dan itiknya kedengaran riuh rendah masuk ke reban; berebut ~ Mn hari mulai malam; ~ buta = ~ raya senja yg sudak agak larut (lebih kurang pukul 8.00 malam); kesenjaan sudah terlalu petang (hampir benar akan malam), kepetangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ja] | سنجا

Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam); waktu hampir malam; senjakala. ~ buta (raya) waktu senja yg sudah gelap (lebih kurang pukul 7.30 malam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senja (kata nama)
Bersinonim dengan hampir malam, merelop, matahari terbenam.,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai kucing lepas senja.

Bermaksud :

Sukar dicari; merasa senang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN, ADAKAH PERKATAAN-PERKATAAN INI (SUATU SENJA, SESENJA, SATU SENJA) BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM SESUATU AYAT DAN PERKATAAN MANTAN BOLEH DIGUNAPAKAI LAGI ATAU IDAKPerkataan yang biasa digunkan ialah suatu atau satu senja. Perkataan mantan masih digunakan.Tatabahasa02.05.2008
maksud senja

Senja ialah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam).

Makna01.01.2010
Adakah sajak Tetamu Senja karya A. Samad Said, merupakan salah satu sajak terbitan DBP?Sajak "Tetamu Senja" karya Sasterawan Negara A. Samad Said pertama kali telah tersiar dalam Utusan Zaman , 3 November 1955. Sajak ini kemudian telah dimasukkan dalam Kumpulan Puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dan diberi Kata Pengantar oleh Dharmawijaya terbitan Utusan Publications & Distributors tahun 2005.Terima kasih.Lain-lain18.02.2010
Saya keliru dengan soalan B.M. tentang ayat songsang seperti berikut: Pemandangan di pantai pada waktu senja cantik sungguh. Apabila ayat ini ditukar kepada ayat biasa, jawapannya seperti berikut: Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. Mohon beri penjelasan mendalam. Terima kasih atas kerjasama tuan.Ayat songsang mendahulukan predikat sebelum subjek. Oleh itu, frasa  'Pemandangan di pantai pada waktu senja' (predikat) + 'cantik sungguh' (subjek) membentuk satu ayat songsang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 457.Tatabahasa16.05.2011
Akum, saya masih keliru ayat biasa yang telah ditukarkan daripada ayat songsang yang saya bagi tempoh hari iaitu : Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. Ada pendapat mengatakan bahawa ayat di atas masih ayat songsang. Bagaimana nak kenal pasti ayat di atas ialah ayat biasa ?Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. - ayat ini ayat songsang, keseluruhan predikatnya  'cantik sungguh' dipindahkan ke hadapan subjek 'pemandangan di pantai pada waktu senja'. Unsur yang dikedepankan itu yang hendak diberikan penegasan.Tatabahasa19.05.2011
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat berikut betul? i) Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. ii) Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. 2. Yang berikut manakah yang lebih tepat, "pelbagai jenis bahan bacaan" atau "berbagai-bagai jenis bahan bacaan"? 3. Adakah perkataan "saling" sudah membawa maksud bersama-sama, jadi kata kerja seterusnya tidak boleh diakhiri dengan imbuhan apitan ber-an? (seperti: saling berkejar-kejaran dan saling berkejaran) Terima kasih.1. Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. Salah - ayat yang betul: Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja atau Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja.

2. Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Salah - ayat yang betul: Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai bahan bacaan.

3. Pelbagai bahan bacaan atau berbagai-bagai bahan bacaan.

4. Rujuk jawapan nombor 1 dan 2 dan PRPM untuk mendapatkan makna kata.
Tatabahasa31.08.2022
Perkataan 'apabila' boleh atau tidak diletakkan di hadapan ayat?Perkataan apabila, boleh digunakan di hadapan ayat. Contoh: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.Tatabahasa28.10.2015
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pasar raya ini asak dengan orang ramai. 2. Saya suka berayun di atas buaian pada waktu senja. 3. Bandul jam ini beroleng-oleng tanpa hentinya. Terima kasih.Dari segi makna kata dalam ketiga-tiga ayat itu betul. Walau bagaimanapun kita jarang menggunakan perkataan asak bai maksud sesak dan padat dan begitu juga dengan perkataan beroleng-oleng. Kita lebih biasa dengan perkataan bergoyang-goyang bagi maksud beroleng-oleng.Tatabahasa09.07.2012
Saya ingin pastikan sama ada kata-kata berikut adalah sesuai untuk digunakan untuk poster besar pengiklanan. Dari segi tatabahasa dan kesesuaian. Terima Kasih " Nikmati-lah kemudahan servis waktu senja. Untuk tempahan servis, hubungi: 03- 5621 5566"Sila buat visual poster tersebut dalam bentuk jpeg atau gif dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain13.08.2014
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih

1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini

2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan

3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 

4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami

5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong.

6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 

7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja.

8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik.

Tatabahasa07.10.2010
123

Kembali ke atas