Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ja] | سنجا

Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam), ketika hampir akan malam: ~ hampir tiba, ayam dan itiknya kedengaran riuh rendah masuk ke reban; berebut ~ Mn hari mulai malam; ~ buta = ~ raya senja yg sudak agak larut (lebih kurang pukul 8.00 malam); kesenjaan sudah terlalu petang (hampir benar akan malam), kepetangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ja] | سنجا

Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam); waktu hampir malam; senjakala. ~ buta (raya) waktu senja yg sudah gelap (lebih kurang pukul 7.30 malam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senja (kata nama)
Bersinonim dengan hampir malam, merelop, matahari terbenam.,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai kucing lepas senja.

Bermaksud :

Sukar dicari; merasa senang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil twilightfajar-senja awam/fajar-senja sivilMatematikTiadadengan waktu pusat cakera matahari berkedudukan 6o di bawah ufuk.
dusksenjaGeografiTiadaCahaya malap matahari yang dipantulkan di bahagian lapisan atas atmosfera ke permukaan bumi setelah matahari menenggelami ufuk.
civil twilightsenja guruh (petang)GeografiTiadaTiada
civil twilightsenja guruh (petang)GeologiTiadaCahaya matahari malap yang dipantul daripada lapisan atas atmosfera ke permukaan bumi sebelum matahari terbit daripada ufuk pada waktu sebelah pagi dan juga setelah ia terbenam di bawah ufuk pada sebelah petang.
civil twilightsenja guruh (petang)GeografiTiadaTiada
evening twilightsenjaGeografiTiadaTiada
evening glowbara senjaFizikTiadaTiada
twilight glowteja senjaGeografiTiadaTiada
nautical twilightfajar-senja nautikaGeologiTiadaTiada
antitwilightantiteja fajar senjaGeologiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas