Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.sa.si] | سينساسي

Definisi : (sénsasi) 1. sesuatu (kejadian, keadaan, dll) yg menggemparkan atau yg mem­bangkit-kan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yg kuat, dsb): ~ dicarinya, ~ dilakukannya dan disebarkan-nya ke seluruh masyarakat; 2. menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dll): berita-berita itu kebanyakan-nya tersiar di kota Medan oleh beberapa buah majalah yg ingin menyiarkan berita-berita ~; mensensasikan menyebabkan sesuatu per-kara (keadaan, peristiwa dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi: akhbar memang gemar ~ tajuk sesuatu berita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.sa.si] | سينساسي

Definisi : /sénsasi/ 1 sesuatu kejadian, keadaan dsb yg menggemparkan atau yg menarik perhatian ramai, me­nimbulkan rasa ingin tahu dsb: Kisah itu menjadi satu ~ dan ramai yg memperkatakannya. 2 dpt menimbulkan kegemparan, menarik perhatian, menimbulkan rasa ingin tahu dsb: Berita yg ~ itu tersiar dlm beberapa buah majalah dan menjadi tajuk perbualan. mensensasikan menjadikan, menyiar­kan dsb sesuatu (berita, kisah dll) dlm bentuk sensasi: Akhbar memang pandai ~ berita-berita begitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensasi (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan menggemparkan, menjolok perasaan, membangkitkan perasaan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MURDOCH, RUPERT

Murdoch, Rupert (1931– ), penerbit kelahiran

Australia yang memiliki banyak syarikat akhbar dan

majalah di Australia, United Kingdom, Amerika

Syarikat dan negara-negara lain. Penerbitannya

berbagai-bagai, daripada The Times di London,

iaitu akhbar harian British yang amat berpengaruh,

hinggalah kepada New York Post, iaitu akhbar

mingguan yang sensasi di Amerika Syarikat. Dia

juga memiliki sepenuhnya atau sebahagian

daripadanya studio filem dan beberapa stesen

televisyen dan syarikat penerbitan buku. Dia juga

terkenal kerana berjaya memulihkan syarikat yang

menghadapi masalah kewangan sehingga berjaya

mendapat keuntungan.

UMUM 

Kembali ke atas