Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb); kesensitifan perihal (keadaan) sensitif, ke-pekaan, sensitiviti: ~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dgn iltizam yg bersungguh-sungguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : /sénsitif/ 1 mudah tersinggung (bkn perasaan); mudah berasa; peka. 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). kesensitifan perihal atau keadaan sensitif, kepekaan: ~ pihak tertentu terhadap isu tsb haruslah diberi perhatian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensitif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peka, mudah berasa, mudah tersinggung, mudah bertindak balas.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Singapura tidak sensitif perasaan rakyat Malaysia-Dewan Masyarakat1 June 2006
Yang epik dan sensitif: dua filem ThaiA. Wahab HamzahDewan Masyarakat1 June 2004
Masuri S.N yang Sensitif Terhadap Nasib WanitaRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 April 2002
Tragedi 11 September isu sensitif di ASNorzahizan IsmailDewan Masyarakat1 September 2006
Mengapa ibu bapa terlalu sensitifAmida Abdul HamidDewan Masyarakat1 January 1998
Awas hidung wanita lebih sensitifZaharudin A. RahmanDewan Masyarakat1 January 1988
A. Samad Said yang sensitif dan cerewet? [diwawancara oleh Rozninah Abd. Azib]A. Samad SaidDewan Sastera1 August 2003
Puisi Sepi dan Puisi SensitifIsmail AbdullahDewan Sastera1 February 1987

Kembali ke atas