Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb); kesensitifan perihal (keadaan) sensitif, ke-pekaan, sensitiviti: ~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dgn iltizam yg bersungguh-sungguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : /sénsitif/ 1 mudah tersinggung (bkn perasaan); mudah berasa; peka. 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). kesensitifan perihal atau keadaan sensitif, kepekaan: ~ pihak tertentu terhadap isu tsb haruslah diberi perhatian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensitif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peka, mudah berasa, mudah tersinggung, mudah bertindak balas.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tunas rasataste budReseptor pada lidah yang sensitif terhadap pelbagai rasa.Menengah Rendah
sel rodrod cellSel saraf mata yang sensitif cahaya, yang berfungsi dalam keadaan yang terbaik dalam cahaya kelam, dan membolehkan penglihatan berfungsi dengan baik pada waktu malam.Menengah Atas
organ penglihatansight organOrgan yang terdiri daripada sepasang mata dan sangat sensitif atau peka terhadap rangsangan cahaya. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas