Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb); kesensitifan perihal (keadaan) sensitif, ke-pekaan, sensitiviti: ~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dgn iltizam yg bersungguh-sungguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : /sénsitif/ 1 mudah tersinggung (bkn perasaan); mudah berasa; peka. 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). kesensitifan perihal atau keadaan sensitif, kepekaan: ~ pihak tertentu terhadap isu tsb haruslah diberi perhatian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensitif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peka, mudah berasa, mudah tersinggung, mudah bertindak balas.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIUB FOTOPENDARAB

Tiub fotopendarab ialah suatu pengesan

cahaya elektronik yang amat sensitif. Kebanyakan

tiub fotopendarab lebih sensitif kepada cahaya

berbanding mata manusia, dan digunakan untuk

mengukur keamatan cahaya yang terlalu lemah.

Misalnya, ahli fizik menggunakannya dalam

pembilang kelipan untuk menyukat cahaya yang

dikeluarkan oleh sinar kosmik, zarah nuklear, sinar

gama, atau sinar-x. Lihat Sinaran [Pembilang

kelipan].

UMUM 
ALTIMETER

Altimeter ialah alat sensitif yang menunjukkan

altitud. Altimeter digunakan dalam kapal terbang.

Pendaki gunung, juruukur dan ahli sains juga

menggunakannya.

UMUM 
ALERGI

Alergi ialah reaksi badan yang berlaku pada

individu yang sensitif terhadap bahan tertentu.

Bahan yang tidak mudarat kepada individu yang

tidak alergik mungkin menyebabkan benar-benar

teruk pada individu yang alergik.

UMUM 
MATTHEWS, DENIS

Matthews, Denis (1919–1988), pemain piano

dan penggubah Inggeris yang disanjung kerana

interpretasinya yang begitu sensitif terhadap

karya J.S. Bach, Mozart, dan Beethoven.

UMUM 
TALBOTAIP

Talbotaip ialah sejenis gambar yang dihasilkan

menggunakan proses fotografi terawal. Nama ini

sempena nama penciptanya, W.H. Fox Talbot, ahli

sains Inggeris. Dia mula menjalankan proses ini

pada tahun 1839. Dia membuat sehelai kertas yang

sensitif kepada cahaya dengan merendamnya

beberapa kali dalam larutan sodium klorida dan

nitrat-perak. Kemudian, dia mendedahkan kertas itu

kepada cahaya dalam kamera atau cahaya matahari.

Garam perak membentuk imej negatif, bertukar

menjadi gelap apabila terkena cahaya. Selepas

memproses negatif utama ini dengan larutan

garam, dia boleh mencetak seberapa banyak kertas

positif.

UMUM 
PERSEPS

Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita

dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari

dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita

mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal.

Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari

organ-organ deria yang bertindak balas dengan

tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak

gelombang radiasi elektromagnetik merangsang

mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis

getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula

adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan

kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita

bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan

pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa

sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi,

tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan

dan kedudukan tubuh.

UMUM 
ANTISEPTIK

Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau

memberhentikan pertumbuhan – kuman pada

tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan

membran mukus untuk membantu menghalang

jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk

melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak

merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza

daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan

ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang

terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik

adalah dadah yang merawat infeksi yang telah

berlaku.

UMUM 
ANAFILAKSIS

Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk

dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas

alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan,

pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan

kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian.

Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah

penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara

abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah

orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan

anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu

alergen adalah disebabkan oleh pendedahan

kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran

antibodi oleh sistem imun.

UMUM 
ANOUILH, JEAN

Anouilh, Jean (1910–1987), penulis drama

popular Perancis yang menghasilkan banyak karya.

Dia terkenal dengan dramanya yang sangat

cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya

sebagai “ros” atau “bijak”. Biasanya dramanya

menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca

daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang

atau terlalu banyak wang. Watak utama dalam

dramanya terdiri daripada orang muda sensitif

yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua

yang agak aneh. Antara karya komedinya

termasuklah Thieves Carnival (1932), Time

Remembered (1939), Ring Round The Moon

(1947), The Rehearsal (1950).

UMUM 
TEMBAKAU BERBUNGA

Tembakau berbunga atau nikotiana ialah

nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan

tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia

ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan

ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika

Selatan, dan ditanam di banyak kawasan.

Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit.

Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau

putih, dan berbentuk seperti tiub panjang.

Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap

cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh

ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang

subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas

panas atau rumah hijau pada awal musim bunga,

dan kemudian dipindahkan ke luar.

Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga

tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus

Nicotiana .

UMUM 

Kembali ke atas