Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb); kesensitifan perihal (keadaan) sensitif, ke-pekaan, sensitiviti: ~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dgn iltizam yg bersungguh-sungguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : /sénsitif/ 1 mudah tersinggung (bkn perasaan); mudah berasa; peka. 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). kesensitifan perihal atau keadaan sensitif, kepekaan: ~ pihak tertentu terhadap isu tsb haruslah diberi perhatian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensitif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peka, mudah berasa, mudah tersinggung, mudah bertindak balas.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rozais sensitif isu sosialAdam MustaqimMingguan Malaysia18.01.2009
Sentiasa sensitif kepada keadilan dan kemanusiaanIsmail HusseinNusantara23.04.1989
Perkara sensitif perlu diselesai secara diplomasiMahathir MohamadBerita Harian18.11.1986
Penyair sensitif yang teliti melihat hidupSiow Siew SingBerita Minggu12.02.1978
Isu sensitif: KGMMB dan GPMS sokong saranan Perdana MenteriTiadaUtusan Melayu20.08.1987
Hassan sensitif nasib guruIhsan NoorzaliMetro Ahad08.08.2004
ABIM tidak sensitif lagi ...Subky LatifWatan23.08.1983
Pengkritik filem harus sensitifAdi IsmaMingguan Malaysia04.04.1993
Perkembangan bahasa perlu sensitifTiadaWatan04.10.1988
Penggiat teater kurang sensitif dengan citarasa masyarakat(diwawancara oleh Ku Seman Ku Hussain)Krishen JitUtusan Malaysia05.02.1988
123

Kembali ke atas