Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb); kesensitifan perihal (keadaan) sensitif, ke-pekaan, sensitiviti: ~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dgn iltizam yg bersungguh-sungguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : /sénsitif/ 1 mudah tersinggung (bkn perasaan); mudah berasa; peka. 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). kesensitifan perihal atau keadaan sensitif, kepekaan: ~ pihak tertentu terhadap isu tsb haruslah diberi perhatian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensitif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peka, mudah berasa, mudah tersinggung, mudah bertindak balas.,

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
touch screenSkrin sentuhTeknologi MaklumatTiadaSkrin paparan video yang digunakan sebagai peranti input dan output. Pengguna hanya perlu menyentuh imej yang dipaparkan pada skrin untuk memilih halaman lain atau memasukkan data. Untuk membolehkan skrin video menerima input, skrin dilapisi dengan bahan resistif (sensitif-tekanan), kapasitif, sensitif-elektrik, gelombang permukaan akustik atau inframerah (sensitif foto). Kesan sentuhan ke atas lapisan bahan membolehkan permukaan skrin bertindak sebagai peranti input dan sistem komputer tidak lagi memerlukan tetikus dan papan kekunci seperti kiosk, PDA dan telefon pintar. Contoh lain seperti sesetengah mesin ATM dan mesin deposit tunai di bank.

radiosensitiveradio sensitifPerubatanTiadaTiada
sensitive marketpasaran sensitifPentadbiran PerniagaanTiadaPasaran yang dengan mudah mengalami perubahan harga kesan daripada berita baik atau buruk dan biasanya dalam volum yang kecil.
sensitive marketpasaran sensitifEkonomiTiadaTiada
mutational hotspotstapak sensitif mutasiBiologiGenetikKawasan pada kromosom atau DNA yang mudah berlakunya mutasi berbanding dengan kawasan lain.
sensitive datadata sensitifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerData bukan rahsia yang boleh mendatangkan kemudaratan atau kerugian, sekiranya data berkenaan disalahgunakan oleh pengguna hasad atau didedahkan akibat kecuaian pengguna biasa.
sensitive informationmaklumat sensitifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerData, maklumat atau pengetahuan penting bagi sesuatu organisasi, yang perlu dilindungi daripada pihak luar. Contohnya, maklumat yang boleh memberikan kelebihan saingan bagi suatu organisasi.
nonsensitive layerlapisan tak sensitifKomunikasi MassaTiadaTiada
photophobiafotofobiaPerubatanTiadaSangat sensitif terhadap cahaya.
12345678910...

Kembali ke atas