Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.sor] | سينسور

Definisi : (sénsor) alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, penderia: kipas akan hidup sebaik sahaja ~ mengesan bahang berlebihan dlm hidup enjin terutamanya ketika dlm kesesakan lalu lintas yg teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.sor] | سينسور

Definisi : (sénsor) IB badan atau orang yg bertugas menapis atau memeriksa sesuatu yg akan disiarkan (buku, majalah, filem, dsb) utk kepentingan umum atau kerana sesuatu sebab tertentu: pihak Jepun mengawasi penerbitan ini dan setiap karangan yg tersiar sudah melalui ~ Jepun; disensor ditapis atau diperiksa oleh pihak yg berkenaan (sesuatu yg akan disiarkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.sor] | سينسور

Definisi : /sénsor/ ist alat yg dpt mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb; penderia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensor (kata nama,)
Bahasa Asal :Indonesia Belanda
Bersinonim dengan penapis, pemeriksa, peneliti, penilai.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanoscale sensorsensor nanoskalaFizikNanoteknologiSensor yang menggunakan bahan nanostruktur sebagai penderia untuk mengesan molekul tertentu atau struktur biologi. Sensor nanoskala digunakan dalam sensor elektromagnet, biopenderia dan sensor hidung elektronik.
passive sensorsensor pasifKejuruteraanTiadaSensor yang tidak memerlukan kuasa elektrik seperti sensor gentian optik.
extrinsic optical fibre sensorsensor gentian optik ekstrinsikKejuruteraanTiadaSensor gentian optik untuk memandu cahaya ulang alik dari kedudukan kepala sensor.
fibre optic sensorsensor gentian optikKejuruteraanTiadaSensor untuk penderiaan jauh dengan menghantar isyarat cahaya dalam gentin optik.
phase modulated sensorsensor modulat fasaKejuruteraanTiadaSensor yang digunakan di dalam interferometer untuk membandingkan fasa cahaya yang dikesan dengan fasa cahaya gentian daripada gentian rujukan.
reflective extrinsic sensorsensor ekstrinsik pantulanKejuruteraanTiadaSensor yang menerima isyarat termodulat daripada gentian pantul semula.
intrinsic optical fibre sensorsensor gentian optik intrinsikKejuruteraanTiadaSensor gentian optik yang memodulat langsung cahaya pandu.
natural nanoscale sensorsensor nanoskala semula jadiFizikNanoteknologiPenderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan.
implantable sensorsensor boleh implanFizikNanoteknologiPeranti penderia yang dapat ditanam di dalam badan. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, penderia pendengaran yang dimasukkan ke dalam koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
electromagnetic sensorsensor elektromagnetFizikNanoteknologiPenderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia.
12345678910

Kembali ke atas