Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.tia.sa] | سنتياس

Definisi : sepanjang masa, selalu; senantiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.tia.sa] | سنتياس

Definisi : sepanjang masa; setiap masa; selalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentiasa (adjektif)
Bersinonim dengan senantiasa, selalu, sepanjang masa, setiap waktu, selamanya, berpanjangan, berterusan, berkekalan, tunak, selulus, sokmo;,

Puisi
 

Di Kampung Hulu banyak temu,
     Tumbuh bersepah merata-rata;
Adakah tahu nasib temanmu,
     Sentiasa berendam airnya mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jangan difikirkan air pasang saja.

Bermaksud :

Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"sentiasa diingati, tidak dilupai" Adakah penggunaan bahasa malayu di atas betul?Frasa biasa, bukanlah ayat. Jika ayat, itu bukanlah ayat yang gramatis kerana tidak ada subjek.Tatabahasa22.04.2016
Tuan, bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Kata adverba "sentiasa" menerangkan golongan perkataan yang mana? 1. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini. Kata adverba "sentiasa" menerangkan perkataan "sahaja", atau menerangkan frasa sendi nama "di sini"? Di samping itu, apakah jenis golongan perkataan untuk perkataan "sahaja"?Adverba “sentiasa” menerangkan frasa sendi nama di sini.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa06.12.2014
Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat akan kebajikan pekerjanya atau Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya munsyi, manakah ayt yang manakah betul?Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya.Tatabahasa13.02.2012
"Peraturan lampu isyarat sentiasa ayahnya patuhi." Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Peraturan lampu isyarat sentiasa dipatuhi oleh ayahnya.
2. Ayah sentiasa mematuhi peraturan lampu isyarat.

Tatabahasa15.11.2023
Soalan berkenaan Notis Lesen Anjing. A. Anjing sentiasa diikat oleh pemilik dengan tali atau rantai. B. Anjing sentiasa diikat oleh pemunya dengan tali atau rantai. Jawapan : A atau B Terima kasihAnjing hendaklah sentiasa diikat oleh pemilik/pemunya dengan tali atau rantai.Tatabahasa09.11.2016
Mohon tunjuk ajar, 1) Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa sihat sejahtera atau 2) Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa sihat sejahtera? Terima kasih Tuan.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul, namun ayat ini menjadi lebih jelas sekiranya dimasukkan perkataan “kita” seperti contoh yang berikut:

1.   “Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.” dan  “Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.”

 

Tatabahasa30.01.2024
Dia sentiasa berada ___________ saya. a. di hati b. di dalam hati c. dalam hati Pilihan yang manakah adalah betul? Terima kasih.Jawapannya (a), iaitu di hati. 'Di' berfungsi menunjukkan tempat.Tatabahasa18.06.2008
Kalian mestilah sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain, kerana hubungan adik-beradik seperti walaupun berbeza pangkat dan darjat. Apakah peribahasa yang sesuai? Bagai aur dengan tebing atau aur dicencang tiada putus?Cadangan jawapan yang sesuai ialah "Air dicencang tiada putus" yang membawa maksud dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Lain-lain07.12.2021
Pejabat ini sentiasa berkomunikasi dengan pihak luar khususnya kontraktor dan juruperunding bagi melaksanakan projek. Malangnya sesetengah kontraktor ingkar menggunakan bahasa kebangsaan dalam surat rasmi mereka kepada Jabatan. Apakah tindakan yang boleh diambil dan wujudkah sebarang peruntukan untuk mewajibkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan dalam setiap surat menyurat?Dalam  Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
  • Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
  • Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
  • Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
  • Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
  • Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

Sebagai Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua rekod kerajaan, sewajarnyalah semua urusan dengan pejabat kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan. Walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk mengatasi sikap pelanggan seperti yang saudara hadapi, pemakaian Akta Bahasa Kebangsaan adalah kepada semua warganegara Malaysia.

Lain-lain30.09.2010
Dia sentiasa rajin seperti semut untuk mengulang kaji pelajarannya. Dia sentiasa garang macam singa tetapi baik hati. Ayat ini boleh diterima?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
12345678910...

Kembali ke atas