Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.tia.sa] | سنتياس

Definisi : sepanjang masa, selalu; senantiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.tia.sa] | سنتياس

Definisi : sepanjang masa; setiap masa; selalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentiasa (adjektif)
Bersinonim dengan senantiasa, selalu, sepanjang masa, setiap waktu, selamanya, berpanjangan, berterusan, berkekalan, tunak, selulus, sokmo;,

Puisi
 

Di Kampung Hulu banyak temu,
     Tumbuh bersepah merata-rata;
Adakah tahu nasib temanmu,
     Sentiasa berendam airnya mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jangan difikirkan air pasang saja.

Bermaksud :

Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
scooter mechanism  Mekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi.
scanning tunneling microscope (STM)  Alat yang digunakan untuk mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu kuar tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara kuar dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata kuar ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara kuar dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik kuar semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbasan kuar (SPM).
scanning tunneling microscope (STM)]  Mikroskop yang mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu penduga tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara penduga dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata penduga ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara penduga dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik penduga semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbas penduga (SPM). Banding mikroskop daya atom.

Kembali ke atas