Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.ti.mé.ter] | سينتيميتر

Definisi : (séntiméter) satuan ukuran panjang yg bersamaan dgn 0.01 meter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.ti.mé.ter] | سينتيميتر

Definisi : /séntiméter/ ukuran panjang (0.01 meter). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sén.ti.mé.ter] | سينتيميتر

Definisi : ukuran jarak yg panjangnya 0.01 meter atau 0.394 inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sentimeter


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang saudara admin. Mohon bertanya, mana satukah ejaan yang betul, sentimeter atau centimeter klu digunakan dalam bahasa Melayu. Mohon penjelasan, terima kasih.Dalam bentuk ejaan penuh ialah sentimeter, manakala kependekannya ialah cm.Makna05.05.2015
Assalammualaikum dan Selamat Tengahari, Saya ingin mengajukan satu soalan. Dalam penulisan buku untuk penggunaan simbol ukuran sentimeter yang manakah digunakan ketika ini.samaada sm or cm?ini untuk buku penerbitan dalam bahasa melayu.Bolehkah saya menggunakan cm kerana jika dilihat sekarang ini kebanyakkan buku menggunakan cm berbanding sm.Oleh itu, saya ingin meminta pandangan pihak DBP dalam penggunaan simbol ini. sekian terima kasih. Sekian terima kasih.Dalam bentuk ejaan penuh ialah sentimeter, manakala kependekannya ialah cm.Tatabahasa06.05.2011
1. Ejaan bagi kilometer, kilogram, sentimeter dan sepuluh ringgit perlu dieja secara penuh atau singkatan? 2. Bagi nombor perlu dieja dengan perkataan atau angka? terima kasih...

1. Boleh dieja penuh ataupun menggunakan singkatan.

2. Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. 

Ejaan22.05.2009
Salam sejahtera, bagaimana hendak menulis: tinggi 5ft. 6"/170cm dan 3ft. 3"/1m dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Cara menulis yang betul untuk ukuran ialah:
Tinggi 5 kaki 6 inci/170 sentimeter dan 3 kaki 3 inci/1 meter
Ejaan27.10.2022
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk unit sukatan berikut, "cu in" dan "cc", contohnya 900 cc/60 cu in. Adakah terjemahan sebagai kubik inci betul? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "cubic inch" (cu in) ialah inci padu dan "cubic centimetre" (cc) ialah sentimeter padu.Istilah25.09.2012
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
Saya ada beberapa pertanyaan untuk pihak DBP. 1. Adakah ayat ini benar dari segi tatabahasa? “Saya dijamukan dengan pemandangan sawah padi yang indah sewaktu berkunjung ke negeri Kedah.” Adakah istilah “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan”? 2. Adakah kata ganda “cuma-cuma” boleh disingkatkan menjadi cecuma? 3. Adakah perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” merupakan perkataan asli bahasa Melayu atau kata serapan dari bahasa Indonesia? Kerana tiada tanda “Id” di PRPM pada dua perkataan ini. 4. Bolehkah istilah “waktu setempat” digunakan selain istilah “waktu tempatan” yang bererti “local time” dalam bahasa Inggeris? 5. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” 6. Mengapa kependekan bagi “sentimeter” di dalam bahasa Melayu bukan “sm”? Kenapa kependekan “cm” bahasa Inggeris yang digunakan?

1. Perkataan “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan” jika merujuk kepada menghidangkan makanan

2. Kata ganda “cuma-cuma” tidak boleh disingkatkan menjadi cecuma

3.  Perkataan  “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan dirakam dalam Kamus Dewan Perdana.

4.  Istilah “waktu tempatan” lebih tepat sebagai padanan untuk “local time”.

5. Ayat “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” Tidak tepat.

6.Kependekan ”cm’ digunakan untuk merujuk kepada sentimeter mengikut keselarasan standard antarabangsa - International System of Units (SI)

Tatabahasa07.06.2023
perluasan makna kata "kaki"

Dalam Kamus Dewan kaki ditakrifkan sebagai 1. anggota badan  2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah)  3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri  4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu  5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda  6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter  7. kiasan (orang yang) suka melakukan sesuatu.

Makna10.09.2009
Saya ingin bertanya berkaitan akronim. berdasarkan Tatabahasa Dewan, akronim ialah gabungan perkataan huruf awal dan suku kata daripada satu rnagkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar contoh Bernama, Mara, ubahsuaii. berdasarkan satu kenyataan dalam Khidmat Nasihat DBP pada 2013 (rujuk lampiran) RTM, KPM, BPR turut disenaraikan dalam akronim. Saya agak keliru sedikit. Bukankah akronim harus diujarkan sebagai satu perkataan? Maka apakah beza akronim dan singkatan? Mohon prncerahan.Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).
Lain-lain06.09.2015
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).

Tatabahasa26.04.2010

Kembali ke atas