Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.to.sa] | سنتوسا

Definisi : aman dan tenteram, bebas drpd segala bencana, sejahtera, selamat: pd masa itu negeri Melaka pun dlm ~nya, dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk; bersentosa berada dlm keadaan aman dan tenteram (sejahtera, mewah, dll), berbahagia; menyentosakan menjadikan sentosa (sejah-tera), mengamankan; kesentosaan perihal sentosa, keamanan, ke-sejahteraan, ketenteraman: mereka menyan-jung tinggi Presiden mereka yg telah me-mimpin negara mereka ke arah ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.to.sa] | سنتوسا

Definisi : bebas atau terlepas drpd segala bencana; aman dan selamat; tenteram: Mudah-mudahan negara kita tetap ~ se­lama-lamanya. menyentosakan men­jadikan sentosa (ttg keadaan negeri dsb); menenteramkan. kesentosaan keadaan sentosa; kesejahteraan; keten­teraman: Pasukan polis bertugas menjaga keamanan dan ~ hidup rakyat sesebuah negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentosa (adjektif)
Bersinonim dengan aman, damai, tenteram, tenang, sejahtera, bahagia, rukun, selamat, makmur, senang, lega, selesa, sakinat, karar;,
Kata Terbitan : menyentosakan, kesentosaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama-nama yang dimohon ke DBKL adalah seperti berikut : 1) "RESIDENSI RIVERVILLE" 2) "RIVERVILLE SENTOSA" 3) "SENTOSA RIVERVILLE" Merujuk kepada ulasan DBP, penggunaan perkataan "RIVERVILLE" boleh digunapakai. Saya ingin mendapatkan pengesahan berkenaan perkataan tersebut memandangkan ia adalah gabungan perkataan Inggeris & French. (disertakan lampiran untuk rujukan)Untuk makluman, pengesahan yang diberi adalah untuk RESIDENSI RIVERVILLE, bukan "RIVERVILLE" sahaja.  Pengesahan diberikan kerana bentuk tersebut adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu, iaitu "RESIDENSI" di depan dan "RIVERVILLE" di belakang. Dalam konteks tersebut, kami berpendapat "RIVERVILLE" sebagai nama khas yang diberikan kepada tempat tersebut. Kami tidak boleh memberi ulasan tentang perkataan tersebut kerana "Riverville" bukan perkataan bahasa Melayu. Kami hanya memberi khidmat nasihat untuk perkataan bahasa Melayu.Lain-lain27.11.2013
Soalan 4 Kata Nafi John bukan tinggal di Taman Sentosa. atau John tidak tinggal di Taman Sentosa. Jawapannya bukan atau tidak? Bagaimanakah dengan penjelasannya? Ribuan terima kasih.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama manakala kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Oleh itu, jawapan yang tepat ialah John tidak tinggal di Taman Sentosa kerana "tinggal" merupakan kata kerja.Tatabahasa05.12.2021
MAKNA PERKATAAN "SENTOSA" DAN "VILLA" SECARA TERPERINCI.Sentosa bermaksud aman dan tenteram,bebas daripada segala bencana,sejahtera, selamat. Vila bermaksud rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman  1456 dan 1790. Makna06.03.2008
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih.Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa".Tatabahasa08.07.2013
ASLAMMUALAIKUM SAYA NAREEMAH BELAJAR BAHASA SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BAHASA APAKAH MAKNA SEJAHTERAMenurut data kami, perkataan "sejahtera" bermaksud bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sejahteraMakna04.11.2015
Penyemakan bahasa atau ejaan yang betul. 1. Khairul mendermakan organisasi kebajikkan itu. 2. Imran menikmati goreng pisang di waktu petang. 3. Pelbagai isu-isu penduduk telah mereka bincangkan. 4. Maryam memperolehi markah tertinggi sekali dalam kelas tersebut. 5. Kerja-kerja pedalaman parit telah dilaksanakan oleh saya atas arahan ayah. 6. Telor rebus itu dimakan oleh saya. 7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong royong. 8. Permohonan kemasukkan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara atas talian. 9. Para pengundi-pengundi telah bersedia mengundi pada pilihanraya yang akan datang. 10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju Selat Melaka.

1. Khairul memberikan derma kepada organisasi kebajikan itu.
2. Imran menikmati pisang goreng pada waktu petang.
3. Pelbagai isu berkaitan penduduk telah mereka bincangkan.
4. Maryam memperoleh markah tertinggi dalam kelas tersebut.
5. Kerja-kerja pendalaman parit telah saya laksanakan atas arahan ayah.
6. Telur rebus itu saya makan.
7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong-royong.
8. Permohonan kemasukan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara dalam talian.
9. Para pengundi telah bersedia untuk mengundi pada pilihan raya yang akan datang.
10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju ke Selat Melaka.

Tatabahasa27.07.2021
Selamat pagi, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli DBP yang sangat dihormati. kenapa para bijak pandai, pejuang, dan golongan pakar bahasa Melayu tidak menggunakan saja istilah "sejahtera" untuk "kata sapaan" dalam bahasa Melayu yang memberi maksud "helo","hai","hei","halo","selamat datang","salam","assalamualaikum" dan "selamat tinggal" selain memberi maksud "selamat","aman","damai","sentosa","makmur"dan "sihat". Sepertimana yang dilakukan oleh pencinta Bahasa Ibunda yang lain di Asia, seperti Negara yang tak pernah dijajah iaitu negara Thailand, "helo" dan "hai" dalam bahasa Thai ialah "สวัสดี" yang juga membawa maksud "selamat","kebagusan", "kesejahteraan","sejahtera","keselamatan","aman","keamanan","makmur","kemakmuran","sifat baik","kemajuan","maju" dan sebagainya.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik yang menawarkan pelbagai kata ucap selamat mengikut konteks penggunaannya; iaitu sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Ucap selamat untuk situasi rasmi, salam sejahtera memang digunakan secara meluas.

Istilah22.08.2014
1." Saya berasal daripada keluarga yang aman" dan " Ali sekeluarga berasal daripada keluarga yang aman" Minta Tuan beri pendapat sekiranya terdapat kesilapan pada ayat di atas. 2."mi laksa" adakah perkataan ini boleh digunakan bersama?

1. Kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat daripada aspek pemilihan katanya. Kata 'aman' bermaksud tenteram dan sentosa lazimnya digunakan dalam konteks negara, seperti dalam ayat 'Malaysia merupakan negara kecil tetapi aman dan makmur; dan tidak digunakan dalam konteks keluarga. Begitu juga dengan penggunaan kata 'berasal' dalam ayat tersebut, lazimnya merujuk asal usul keluarga daripada golongan miskin, kaya, atau keturunan mulia, hina dan sebagainya.

2. Mi dan laksa adalah sejenis makanan yang berbeza antara kedua-duanya. Penggunaannya berdasarkan jenis masakan yang disediakan sama ada mi atau laksa.

Tatabahasa09.03.2011
Bagaimana bezakan "kelam-kabut" dan "huru-hara"? Keadaan politik "kelam-kabut" atau "huru-hara"? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, huru-hara bermaksud  keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau seperti dalam contoh ayat;  Jika rakyat bersatu padu, huru-hara tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yang dahulunya aman sentosa itu telah menjadi huru hara.


Perkataa kelam-kabut pula bermaksud  tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dalam keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dengan tidak teratur.

Berdasarkan mkasud tersebut, penggunaan yang betul ialah keadaan politik kelam-kabut jika merujuk keadaan politik yang tidak teratur pengurusannya.
Tatabahasa19.10.2017
Salam Sejahtera. Ada tidak DBP menerbitkan satu kamus khas yang berkaitan kata pinjaman dari bahasa lain. Sebagai contoh " Kamus Bahasa Melayau dari Pinjaman kata Bahasa Arab" Terima Kasih.Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa".Lain-lain21.05.2013
12

Kembali ke atas