Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nyap] | سڽڤ

Definisi : 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri; senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg diberikan itu ~ salakan anjing jirannya; kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin, senapang, piano, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nyap] | سڽڤ

Definisi : 1 = ~ sunyi tidak kedengar­an apa-apa; tidak berkata-kata; sunyi se­kali; sepi: Apabila Guru Besar datang, ka­mi semuanya ~. 2 tidak sibuk (bkn perniagaan, jalan raya dll); lengang. 3 tidak diperkatakan atau tidak dibicarakan lagi: Perkara itu akhirnya ~ begitu saja. senyap-senyap 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. menyenyapkan menjadikan senyap; mengheningkan. penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising pd ekzos, senapang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senyap (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu,
Berantonim dengan becok

3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap,
Berantonim dengan sibuk

4. Bersinonim dengan nyenyak: lena

Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan,

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
steal ~ away, keluar (secara) senyap-senyap; ~ away from st, meninggalkan sst (secara) senyap-senyap: he stole away from the party when it started becoming rowdy, dia meninggalkan parti itu secara senyap-senyap apabila keadaan menjadi hiruk-pikuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stealth n cara /senyap-senyap, sembunyi-sembunyi/: catching birds requires ~, menangkap burung mesti dgn cara senyap-senyap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steal ~ across, a. melintasi [sst] (secara) senyap-senyap: he stole across the courtyard, dia melintasi halaman secara senyap-senyap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stealth by ~, secara /senyap-senyap, sembunyi-sembunyi/: he entered the building by ~ and bugged the conference room, dia masuk ke dlm bangunan itu secara senyap-senyap dan memasang peranti pepijat di bilik mesyuarat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slide c. (stealthily) memasukkan [sst] senyap-senyap: she slid my letter into his hand while everyone was talking, dia memasukkan surat saya senyap-senyap ke dlm tangan lelaki itu semasa semua orang sedang berbual;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spirit 1 vt membawa [n] secara senyap-senyap: they managed to ~ the prisoners of war out of the country, mereka dapat membawa keluar tawanan-tawanan perang secara senyap-senyap dr negeri itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steal ~ up on, advance cautiously and secretly on (so., st), (secara) senyap-senyap /menghampiri, merapati, mendekati/: a commando unit stole up on the enemy camp, sebuah unit komando telah senyap-senyap menghampiri khemah musuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quietn state of being, a. (silent) keadaan senyap, senyap: at last there’s ~ in the hall, akhirnya senyap juga di dewan itu; (implying absence of people) kesunyian: in the ~ of the night, dlm kesunyian malam; b.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back stairs, back-stair(s)adj secara /diam-diam, senyap-senyap/: ~ deals, urusan-urusan secara diam-diam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steal a cat was ~ing up on the bird, seekor kucing secara senyap-senyap merapati burung itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas