Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nyap] | سڽڤ

Definisi : 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri; senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg diberikan itu ~ salakan anjing jirannya; kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin, senapang, piano, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nyap] | سڽڤ

Definisi : 1 = ~ sunyi tidak kedengar­an apa-apa; tidak berkata-kata; sunyi se­kali; sepi: Apabila Guru Besar datang, ka­mi semuanya ~. 2 tidak sibuk (bkn perniagaan, jalan raya dll); lengang. 3 tidak diperkatakan atau tidak dibicarakan lagi: Perkara itu akhirnya ~ begitu saja. senyap-senyap 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. menyenyapkan menjadikan senyap; mengheningkan. penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising pd ekzos, senapang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senyap (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu,
Berantonim dengan becok

3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap,
Berantonim dengan sibuk

4. Bersinonim dengan nyenyak: lena

Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan,

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
silent couprampas kuasa senyap-senyapKejuruteraanTiadaTiada
the silent majoritymajoriti senyapSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap.
cadencekadensTeknologi MaklumatTiadaCorak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat).
silentsenyapFizikTiadaTiada
silentsenyapLinguistikTiadaTiada
mutesenyapLinguistikTiadaTiada
silentsenyapPerubatanTiadaTiada
mutesenyapKejuruteraanTiadaTiada
radio silencesenyap radioKejuruteraanTiadaTempoh apabila semua kelengkapan radio yang berkeupayaan untuk penyiaran, dibiarkan tidak beroperasi.
metrical silencerentak senyapKesusasteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas