Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiat­nya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1 satu orang. 2 sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(76)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Diantara berikut yang manakah betul i) Seorang lelaki dewasa / seorang dewasa lelaki ii)Seorang remaja lelaki / seorang lelaki remaja diharap tuan dapat memberikan alasannya. TqPada kebiasaannya bentuk seorang lelaki dewasa atau seorang lelaki remaja digunakan.  bentuk seorang dewasa, lelaki atau seorang remaja, lelaki boleh juga digunakan bergantung pada apa yang hendak difokuskan. Tatabahasa06.05.2008
1.Seorang tua atau seorang orang tua? 2. Ali sedang menyapu padang. Betulkah?1.Seorang tua atau seorang orang tua?
Jawapan: Seorang Tua - Betul
Seorang orang tua- ayat ini betul tetapi tidak gramatis. Ayat "orang tua" lebih tepat.
2. Ali sedang menyapu padang.
Jawapan: Salah
Tatabahasa22.07.2014
Tuan, Untuk setiap dua set tiga ayat yang berikut yang manakah betul dari segi tata bahasanya? 1a) Guru sebagai pemimpin komuniti. 1b) Seorang guru sebagai pemimpin komuniti. 1c) Seorang guru sebagai seorang pemimpin komuniti. 2a) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. 2b) Seorang guru perlu menjadi pengurus kelas yang baik. 2c) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. Didahului dengan ribuan terima kasih. Yg benar, Mark.Bagi ayat nombor 1, ayat yang betul ialah 1a, iaitu Guru sebagai pemimpin komuniti.  Manakala ayat nombor 2, dicadangkan ayat berikut : Seseorang guru perlu menjadi pengurus yang baik.Tatabahasa15.11.2010
Soalan :Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul atau Salah] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul atau Salah] Jika salah, tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Ibu melahirkan seorang anak kelmarin.
Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul]
Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa24.10.2015
Contoh ayat: 1. Ayah seorang doktor 2. Ibu seorang doktor Apabila dimajmukkan menjadi : Ayah dan ibu seorang doktor. Persoalanya: Adakah benar penggunaan "seorang" pada ayat yang telah dimajmukkan itu? Kerana seorang merujuk kepada bilangan yang satu. Tetapi pada ayat tersebut telah melibatkan ayah dan ibu,lebih dari satu orang. Mohon penjelasan.

Ayat yang betul ialah Ayah dan ibu  saya doktor”.

Tatabahasa15.11.2023
Seorang nabi atau Seorang Nabi?Seorang nabi.Ejaan23.09.2011
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat.1. Ayat pertama betul.
2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 
3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital.
4. Seorang doktor sedang menyuluh  ke dalam mata pesakit.
5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat.
Tatabahasa13.08.2013
Sebagai seorang pelajar............................ Ibu bekerja sebagai seorang kerani........... Mengapa penggunaan Seorang tidak tepat dalam ayat ini?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seorang bermaksud satu orang dan sendiri.  Orang merupakan penjodoh bilangan bagi manusia dan tidak perlu menggunakannya bagi menunjukkan pelajar atau kerani berdasarkan konteks ayat yang dinyatakan. Perkataan 'pelajar' dan 'kerani' sudah diketahui sebagai manusia dan satu orang. Oleh itu, 'seorang' perlu digugurkan dan memadai ..Sebagai pelajar... Ibu bekerja sebagai kerani...Tatabahasa01.08.2012
Perbuatan ini menunjukkan kita seorang yang berbudi bahasa. Adakah penggunaan kita seorang itu betul ? Kita adalah jamak manakala seorang adalah tunggal.Dalam konteks ayat di atas, "kita" ada yang bermaksud "saya" dan biasanya digunakan dalam bahasa percakapan, oleh itu "kita seorang" bermaksud "saya seorang".Tatabahasa27.07.2007
Ali mempunyai seorang kakak, seorang adik dan dua orang abang.Soalannya: Berapakah adik - beradik di dalam keluarganya?adakah termasuk Ali juga?Ini bukanlah soalan tentang penggunaan bahasa. Sila berbincang dengan guru atau rakan di sekolah.      Lain-lain15.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas