Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiat­nya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1 satu orang. 2 sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(76)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drilling crewpekerja penggerudianKejuruteraanPetroleumPasukan pekerja yang terdiri daripada seorang jurugerudi, seorang pekerja derik dan dua orang pembantu atau lebih, yang mengendalikan sesuatu rig penggerudian atau rig ulang kerja untuk satu masa kerja tiap-tiap hari.
moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.
singlesperseoranganSukanTiada2. Permainan yang melibatkan seorang pemain melawan seorang pemain lawan.
single (play)permainan perseoranganSukanTiadaPermainan yang melibatkan seorang pemain melawan seorang pemain lawan.
unicastunisiarTeknologi MaklumatTiadaSejenis penghantaran paket daripada seorang penghantar kepada seorang penerima. Lihat: broadcast, multicast
individual teachingpengajaran individuPendidikanTiadaPengajaran yang dijalankan dalam situasi seorang guru kepada seorang pelajar.
credit instrumentalat kreditEkonomiTiadaSebarang dokumen yang melibatkan pemindahan wang daripada seorang individu kepada seorang individu yang lain. Misalnya, cek, nota janji, draf, surat kredit, wang pos, dan kiriman wang.
السابق واللاحقsābiq lāhiqAgama IslamHadithDua orang perawi yang mempunyai kesempatan meriwayatkan Ḥadīth daripada seorang guru, salah seorang daripadanya mati jauh lebih awal daripada yang keduanya.
draughtmanpelukis pelanKesenianSeni BinaOrang yang menyediakan lukisan teknikal dan pelan bangunan di bawah arahan seorang arkitek atau jurutera. Seorang pelukis pelan perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil dari institusi kemahiran, mahir menggunakan perisian AutoCad dan mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Antara tugas pelukis pelan ialah: i. Menyediakan lukisan arkitek dan pereka bentuk daripada lakaran serta spesifikasi bagi pembuatan dan pemasangan jentera dan peralatan, atau bagi pembinaan bangunan, empangan, jambatan, jalan raya dan projek kejuruteraan awam yang lain. ii. Mengendalikan kelengkapan lukisan dengan menggunakan komputer untuk mencipta, mengubah dan menghasilkan salinan cetak dan digital bagi lukisan kerja. iii. Mengendalikan meja digital atau kelengkapan yang seumpamanya untuk memindahkan salinan cetak lukisan kerja, peta dan lain-lain ke dalam bentuk digital.
تدليس العطفtadlīs ‘atfAgama IslamHadithPerawi yang menggunakan lafaz Ḥadīth yang jelas yang diterima daripada seorang guru, kemudian menyebut seorang guru lain yang tidak didengar Ḥadīth yang sama daripadanya, seolah-olah dia mendengar lafaz Ḥadīth tersebut daripada guru itu.
12345678910...

Kembali ke atas