Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sendiri sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Ikan temenung ikan tenggiri,
     Ikan mati kena tuba;
Duduk termenung seorang diri,
     Orang ditunggu tak kunjung tiba.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nasi sama ditanak,
     kerak dimakan seorang.

Bermaksud :

Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
individualindividu; perseoranganKesusasteraanTiadaManusia seorang diri atau orang perseorangan.
solitary playpermainan solitariPendidikanTiadaSituasi kanak-kanak bermain seorang diri.
free soloing climbingpendakian solo mandiriSukanTiadaKaedah pendakian seorang diri tanpa menggunakan sebarang peralatan untuk mendaki dan bergantung sepenuhnya pada kekuatan dan kemahiran pendaki.
social isolationpemencilan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya.
egoegoKesusasteraanTiadaDiri seorang yang berfikir, merasa, berkemahuan, dan membezakan diri daripada orang lain.
ambivalenceambivalenKesusasteraanTiadaKehadiran perasaan bertentangan dalam diri seorang terhadap individu lain atau sesuatu perkara.
disguisesamarKesusasteraanTiadaUnsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya.
reaction formationpembentukan reaksiPsikologiPsikologi UmumSejenis mekanisme bela diri dengan melakukan tindakan yang berlawanan dengan perasaan yang wujud dalam diri. Contohnya, seorang ibu yang tidak menyukai anak tirinya akan membina tingkah laku seperti amat menyayangi dan melindungi anaknya. Tingkah laku yang terbentuk itu dikatakan akan menyekat impuls atau perasaan benci yang mungkin tidak disukai oleh masyarakat.
self-esteempenghargaan kendiriPsikologiPsikologi UmumAnggapan individu terhadap dirinya sama ada seorang yang berguna atau sebaliknya. Individu memerlukan harga diri yang tinggi untuk mencapai kesejahteraan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya dan selalunya tidak mencapai prestasi akademik yang tinggi. Pembentukan harga diri yang rendah dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa yang keras sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka tidak bahagia kerana sentiasa diberi dendaan. Sebaliknya, kanak-kanak yang menerima kasih sayang dan sokongan emosi yang tinggi akan mempunyai harga diri yang tinggi.
catharsiskatarsisPsikologiPsikologi UmumTindakan menyalurkan perasaan marah dan tegang terhadap perkara lain yang tidak mendatangkan bahaya supaya tidak dipendamkan sehingga memudaratkan diri. Contohnya, seorang bapa yang memarahi anaknya yang ponteng sekolah akan melepaskan kemarahan tersebut kepada rakan sekerjanya.
1234

Kembali ke atas