Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sép] | سيڤ

Definisi : bahasa percakapan saling melagakan tapak tangan secara fizikal atau saling berbalas emotikon tertentu sebagai tanda meraikan persamaan, kemenangan dan sebagainya (Kamus DBP versi dalam Talian)

[sép] | سيڤ

Definisi : (sép) IB ketua di sesuatu pejabat (stesen dll): saya ~ di sini, engkau boleh angkat kaki sekarang juga, saya tidak dapat menunggu lama lagi; bersep bp menghamba (kpd), bertuankan (kpd). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sep


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cepecendawan sepPentadbiran PerniagaanTiadaCendawan yang berwarna perang daripada pokok beech dan kon, bertangkai pendek dan gemuk serta berurat putih, berkepala bulat dan bertiub di bahagian bawah.
high fivesep limaUmumTiadaTiada
local colourwarna setempatKesusasteraanTiadaPerincian tentang sesuatu tempat atau daerah dari segi bahasa, dialek, adat resam, pakaian, dan sikap. Perincian ini digunakan untuk menghidupkan latar yang meyakinkan bagi sesebuah novel, naratif atau drama. Karya ini biasanya dihasilkan oleh pengarang tempatan (yang berasal dari tempat berkenaan) atau terbit daripada penyelidikan rapi tentang tempat tersebut. Karya bercorak warna setempat mula mendapat perhatian pada penghujung kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, timbul minat dalam kalangan pengarangnya untuk mengetahui perbezaan yang begitu ketara antara daerah dengan daerah benua yang luas itu. Seterusnya mereka memulakan penulisan bentuk cereka yang mencerminkan ciri-ciri khusus dan tersendiri tentang daerah berkenaan. Rata-rata perincian kedaerahan ini digunakan untuk menghiasi latar belakang sesebuah cereka. Namun, apabila perincian tersebut menjadi bahagian penting dalam sesebuah cereka, perincian itu dirujuk sebagai kedaerahan dan regionalisme. Antara penulis Amerika yang terkenal dengan karya seperti ini ialah Mark Twain yang menghidupkan persekitaran Mississippi dan George Washington Cable di daerah Selatan. Di luar Amerika Syarikat, penulis Inggeris Thomas Hardy memanfaatkan warna setempat Dorsetshire dalam novelnya yang mempunyai latar daerah Wessex. Di Perancis pula, penulis seperti Emile Zola banyak menghasilkan karya warna setempat. Dalam sastera Melayu moden, karya Shahnon Ahmad banyak memanfaatkan perincian tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu di Sik, Kedah seperti dalam novel berjudul R?nj?u Sep?nj?ng J?l?n. Contoh dalam bahasa Arab ditemui dalam trilogi Najib Mahfuz berjudul B?yn ?l-Q?sr?yn, Q?sr ?l-Sh?rq, dan ?l-Sukk?riy?h. Dalam sastera Parsi, warna setempat ditemui dalam S?ng-i S?bur oleh Sadiq Chubak.

Kembali ke atas