Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj permainan sepak raga yg memakai jaring, sepak raga jaring. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : permainan menendang bola raga melintasi jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : permainan menyepak bola raga melintasi jaring; sepak raga jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepak
Kata Terbitan : menyepak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamaulaikum, a. Ahmad bermain sepak takraw bersama kawan-kawannya b. Ahmad bermain sepak takraw bersama-sama kawannya. c. Ahmad bermain sepak takraw bersama-sama kawan-kawannya Antara tiga ayat di atas, manakah yang tepat dari segi tatabahasa?

Tuan,

ayat yang tepat dari segi tatabahasanya ialah Ahmad bermain sepak takraw bersama kawan-kawannya.

Tatabahasa16.09.2011
Penggunaan rejaman untuk sepak takraw boleh digunakan atau tidak.Dalam permainan sepak takraw, istilah rejaman digunakan bagi maksud lipat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rejaman dan klik Istilah Malaysia.Istilah03.08.2013
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM?Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah.  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.

Tatabahasa23.09.2013
definisi sepak raga??Sepak raa sama dengan sepak takraw iaitu sejenis permainan dengan bola raga yang memakai jaring di tengah gelanggang.Makna11.09.2009
As salam. Dalam mesyuarat sukan yang diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, salah seorang pegawai menyatakan bahawa ejaan sepaktakraw dirapatkan. Saya mohon kepastian tuan kerana ejaan di carian kata dijarakkan. Mohon kepastian
Ejaan yang betul ialah sepak takraw.
Ejaan07.10.2015
apakah beza antara adalah dengan ialahkata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh:(ialah) 1. Anak ialah anugerah Allah 2.Sepak takraw ialah sukan yang dipertandingkan.... Contoh:(adalah) 1.baju itu adalah baik 2.Kursus ini adalah untuk...Tatabahasa26.07.2007
perbezaan perkataan "ialah" dan "adalah"Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)Tatabahasa06.03.2014
beza antara ialah dan adalah dalam penggunaan ayat1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250).Tatabahasa10.08.2009
apakak perbezaan baru dengan baharu? ialah dan adalah1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250) 2. Kata cenderahati boleh diguna pakai. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 264)Tatabahasa15.04.2009
bagaimana penggunaan perkataan pemeri iaitu 'ialah' dengan 'adalah'.1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)Tatabahasa28.08.2008
123

Kembali ke atas