Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.kat] | سڤاکت

Definisi : setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; kata ~ persetujuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.kat] | سڤاکت

Definisi : tidak bertentangan (bkn pendapat dll); seia sekata; setuju: Kalau ~, jadi kuat. kata ~ sesuatu yg telah disetujui; persetujuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,

Puisi
 

Daun sirih dari Langkat,
     Lalu dibawa ke Inderagiri;
Sudah kasih tidak sepakat,
     Biar hamba mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pecak boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bulat segiling, pecak setapik.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga.Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal.Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat beban sudah ke tepi.Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas