Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.du/] | سڤندوق

Definisi : kain dll bertulis yg dibawa dlm perarakan dll utk menyatakan sesuatu kpd orang ramai dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pan.du/] | سڤندوق

Definisi : kain dll yg bertulis dgn sesuatu dan dibawa berarak atau ber­piket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepanduk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
banner websepanduk webTeknologi MaklumatTiadaSejenis sepanduk yang digunakan pada laman web.
overbannertajuk gadangKomunikasiKorporatPenulisan judul utama sesuatu maklumat dalam iklan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan khalayak. Penulisan judul biasanya disediakan oleh syarikat perniagaan dengan menggunakan sepanduk atau poster bersaiz besar. Contohnya, sepanduk mengenai promosi jualan murah yang digantung di bangunan pasar raya. Demikian juga sepanduk yang diletakkan di bangunan perniagaan untuk tujuan penghebahan sesuatu acara, barangan atau perkhidmatan. Penulisan judul utama juga boleh dilakukan dengan membeli atau menaja satu halaman penuh dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. Contohnya, sebuah syarikat farmasi membeli satu halaman penuh ruang iklan dalam akhbar dengan tujuan untuk memaparkan mesej menyokong kempen antimerokok menggunakan tulisan bersaiz besar..
bannersepandukKomunikasiKorporatMaklumat yang ditulis atau dicetak di atas sesuatu bahan secara melintang. Bahan tersebut boleh dalam bentuk kertas, plastik, kain, kayu, atau logam. Bahan ini boleh dilekat atau diregang di atas pemidang untuk tujuan peragaan. Fungsi peragaan dengan menggunakan sepanduk adalah untuk membuat hebahan dan promosi mengenai sesuatu barangan, perkhidmatan, atau acara.
mobile billboardiklan bergerakKomunikasiKorporat1. Kaedah pengiklanan yang menggunakan poster, sepanduk dan pepanji dalam pelbagai saiz yang dipasang di dalam atau di luar kenderaan awam yang bergerak. Khalayak iklan jenis ini terdiri daripada pengguna kenderaan tersebut atau khalayak umum. Pihak agensi pengiklanan mempunyai tempoh masa peragaan tertentu yang dipersetujui antara pemilik kenderaan dengan agensi pengiklanan tersebut. 2. Kaedah pengiklanan yang struktur dipasang di atas kenderaan yang berfungsi khusus sebagai alat memperagakan poster, sepanduk, atau pepanji iklan. Kenderaan tersebut akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain, khususnya di lokasi yang terdapat ramai khalayak bagi mendapat perhatian.
idiot sheetsepanduk tololKejuruteraanTiadaTiada
sliding bannersepanduk gelangsarTeknologi MaklumatTiadaPaparan grafik berbentuk gambar bermaklumat di laman web yang akan bersilih ganti sama ada ke kiri atau ke kanan apabila gambar tersebut diklik.
e-bannere-sepanduk-TiadaSatu bentuk pengiklanan dalam jaringan sejagat yang dihantar oleh pelayan iklan.
picketingberpiketPentadbiranTiadaMembawa sepanduk di tempat kerja pada waktu kerja untuk memberitahu orang ramai bahawa ada pertelingkahan antara pekerja dengan majikan.
nonilluminated adiklan tanpa sinarKomunikasiKorporatPapan iklan, poster, atau sepanduk yang dibuat daripada akrilik, polivinil klorida (PVC), atau panel aluminium dengan grafik vinil atau aksara timbul yang tidak memantulkan cahaya. Iklan jenis ini menjadi pilihan pengiklan berbanding dengan papan iklan yang mengandungi unsur pembalikan cahaya kerana kosnya lebih murah.
picketpiketEkonomiTiadaPerhimpunan pekerja di luar tempat kerja dengan pelekat dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka untuk tontonan umum.
12

Kembali ke atas