Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Memburu rusa di tepi bukit,
     Rusa diburu sepanjang hari;
Malu bukan satu penyakit,
     Ubatnya tentu payah nak cari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     sekenyang-kenyang banteng.

Bermaksud :

Tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Di sini saya ingin menanya satu soalan. dalam sepanjang abad atau di sepanjang abad. Apakah perbezaan antara dalam sepanjang dan di sepanjang. Sekian, terima kasih.Di sepanjang biasanya digunakan untuk menunjukkan tempat seperti di sepanjang sungai, di sepanjang jalan dan di sepanjang pantai. Untuk menunjukkan masa, perkataan "sepanjang" sudah memadai dan tidak perlu menggunakan "dalam". Contohnya, "sepanjang abad ke-18".Tatabahasa31.05.2012
sama ada kenangan sepanjang jalan atau sepanjang jalan kenanganFrasa yang betul "kenangan di sepanjang jalan".Lain-lain03.05.2017
Dalam bahasa Inggeris, throughout the ages, bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah sepanjang zaman, sepanjang zaman-zaman, atau dari zaman ke zaman? Yang manakah yang lebih tepat?Padanan yang betul ialah sepanjang zaman. Makna02.08.2019
Adakah terjemahan berikut tepat? i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Menu Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Menu Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat Atau, bolehkah tuan/puan berikan cadangan terjemahan bagi yang di atas? Terima kasih.Cadangan terjemahan tuan telah disemak dan dibuat sedikit pindaan:
i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari
ii. All-Day-Breakfast - Sarapan Sepanjang Hari
iii. All-Day-Snacks - Snek Sepanjang Hari
iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat
Penyemakan dan penterjemahan09.03.2015
Yang mana satu betu, dalm sepanjang tempoh kontrak atau di sepanjang tempoh kontrak?Salam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah "dalam sepanjang tempoh kontrak"

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.12.2017
Songsangkan ayat berikut: Program itu dilaksanakan sepanjang tahun. Bolehkah ayat songsangnya seperti berikut: Sepanjang tahun program itu dilaksanakan. Jika tidak boleh kemukakan alasan dan jawapan yang betul.Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat.
Dilaksanakan sepanjang tahun (predikat) program itu (subjek).
Tatabahasa05.09.2016
Tuan, Sepanjang pengetahuan kita 'tetamu' berasal daripada perkataan 'tamu', lelaki pula 'laki'. Soalannya, para tamu atau para tetamu yang betul dari segi tatabahasa? Begitu juga dengan 'tiga orang lelaki' atau 'tiga orang laki'? Soalnya, tetamu / lelaki itu jamak atau bermaksud satu? Terima aksih.Dalam kamus Dewan lelaki sama maksud dengan laki-laki, dan diberi tafsiran sebagai jenis manusia yang menjadi pasangan kepada perempuan (tidak dinyatakan satu atau jamak). Begitu juga dengan perkataan tetamu sama makna dengan tamu yang diberi maksud orang yang diundang untuk menghadiri majlis jamuan (tidak dinyatakan satu atau jamak tetapi lazimnya tetamu sudah menunjukkan ramai undangan). Oleh itu, seorang lelaki atau dua orang lelaki boleh digunakan.Tatabahasa28.05.2010
"Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetuju membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." atau "Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." Antara ayat di atas, ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah?

Ayat yang betul ialah Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung.

Ayat pertama dipinda menjadi Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetujui pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung.

 

Tatabahasa22.03.2011
Apakah kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan?Sdr. Nieeza, kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan terlalu banyak.Pandanglah sekeliling anda berapa ramai ahli korporat yang telah menempa nama sebagai ahli korporat melalui sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Jadi untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyakkanlah membaca buku sejarah tentang pembangunan negara dan juga kejayaan yang telah dicapai oleh negara semenjak negara mencapai kemerdekaan. Hanya itulah cara yang dapat memberikan maklumat yang banyak tentang kejayaan negara dan kegemilangan bahasa Melayu sepanjang 50 tahun yang lalu .Terima kasih.Lain-lain12.09.2007
Saya memohon untuk mendapatkan pengesahan istilah "Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat" adakah ia sesuai digunakan kerana saya akan menggunakan istilah ini dalam kajian saya seterusnya. Kajian yang saya jalankan adalah berkaitan pembelajaran sepanjang hayat yang berfokus kepada kemahiran. Namun saya merasa was-was dalam gabungan penggunaan istilah yang digunakan. Mohon bantuan pihak DBP Sekian, terima kasih Normila Mohd Bohari Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Penggunaan perkataan yang betul ialah Pembelajaran Kemahiran Sepanjang Hayat.

Tatabahasa11.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas