Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
HTF islandskepulauan HTFBiologiGenetikJujukan DNA sepanjang 1-2 kb yang terdiri daripada dinukleotida CG yang tidak dimetilkan, dan terdapat pada kawasan bermulanya transkripsi. kepulauan CG.
attachment coefficientpekali lekatFizikTiadaBilangan ion negatif yang dibentuk oleh satu elektron yang bergerak di sepanjang 1 cm laluan dalam arah medan.
attachment coefficientpekali lekatKejuruteraanTiadaBilangan ion negatif yang dibentuk oleh satu elektron yang bergerak di sepanjang 1 cm laluan dalam arah medan.
Micranthemum sp.Micranthemum sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh secara merayap. Micranthemum sp. mempunyai batang yang kurus dengan 3 – 4 helai daun berbentuk lanseolat sepanjang 1.0 cm. Daunnya tersusun secara berputar dan tumbuh setinggi 0.5 cm. Micranthemum sp. juga boleh tumbuh sehingga 15 cm di dalam air. Antara jenis Micranthemum sp. ialah Micranthemum micranthemoides dan Micranthemum umbrosum.
Fresnel drag coefficientpekali seretan FresnelFizikOptikPekali yang diberikan oleh kuantiti 1-(1/n2) dengan n ialah indeks biasan medium lut sinar dengan andaian bahawa kuantiti itu ialah nisbah antara halaju eter yang diseret di sepanjang medium dengan halaju medium itu sendiri.
fetchpapasMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Jarak sepanjang trajektori laut yang dilalui angin dengan arah dan laju yang hampir seragam. 2. Kawasan tempat gelombang lautan, tasik, dan waduk dijanakan oleh angin. Kepanjangan kawasan papas ini diukur mengikut arah angin.
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
impulseimpulsPerubatanTiada1. Perubahan elektrokimia sepanjang membran sel saraf. 2. Rangsangan atau gerak hati yang timbul secara tiba-tiba untuk melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
impulseimpulsPerubatanTiada1. Perubahan elektrokimia di sepanjang membran sel saraf. 2. Daya tolakan yang dapat dirasai di sesuatu bahagian tubuh. Misalnya, impuls jantung.
hinge lineengsel)GeologiTiada1. Garis di sepanjang permukaan sesar tempat arah alihan ketara berubah.,2. Garis yang menghubungkan titik lenturan atau kelengkungan maksimum satah pelapisan pada suatu lipatan.,3. Garis atau sempadan di antara rantau stabil dan rantau yang mengalami pergerakan ke atas atau ke bawah.
12345678

Kembali ke atas