Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.tun] | سڤنتون

Definisi : seperti, macam, seumpama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepantun

Puisi
 

Daun bayam alaskan senduduk,
     Nasi terjerang ceduk ke pinggan;
Sepantun ayam tidak berinduk,
     Tampi orang baharu makan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Naik mendarat di pangkalan, Kain pelekat bercorak-corak; Adik sepantun gambar bulan, Mainan mata orang nak banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Baik melantun-lantun papan, Untuk tempat orang berhenti; Adik sepantun kain kapan, Buruk siapakah mengganti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tnggilah bukit Gunung Karimun, Tempat merapatkan papan jati; Adik sepantun air diminum, Menjadi ubat di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Putik mentimun dibuat ulam, Sekali makan memang perisa; Adik sepantun permata nilam, Jadi pujaan sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik turun mencari mumbang, Mumbang kelapa nyiur hijau; Adik sepantun dewi mumbang, Hilang di mata hatiku risau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik turun membawa parang, Untuk menebas semak belukar; Adik sepantun bunga dikarang, Membuat cemas dada berdebar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik turun rasanya nafas, Letih mendaki anak tangga; Adik sepantun bunga kapas, Putih suci tiada bernoda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik turun orang mendaki, Payah kaki penat anggota; Adik sepantun delima sakti, Merah pipimu membuat gila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik turun membawa teman, Nampaknya senang wajah berseri; Adik sepantun bunga di taman, Banyaklah kumbang datang menyeri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik turun berlai-lari, Terasa penat jalan perlahan; Adik sepantun bidadari, Manakan dapat hamba lupakan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas