Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paruh2
Kata Terbitan : separuh,

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Naik bendera separuh tiang;
Kalau datang si jantung hati,
     Bulan mengambang kusangka siang.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Separuh ular, separuh belutArwai A. R.Dewan Bahasa1 December 2007
Separuh KasihNgajadMingguan Wanita30 May 2008
Latarbelakang separuh penulis komunisTiadaMilenia Muslim1 March 2006
Liga separuh profesional tidak praktikal?Zulfa ZakariaDewan Siswa1 August 1989
Sabar separuh daripada imanAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 September 1984
Menuntut ilmu separuh jalanHassan AliasDewan Siswa1 May 1996
"Jangan jadi pemimpin separuh masak" [Diwawancara oleh Suria Janib]Razali Haji IbrahimDewan Masyarakat1 May 2007
Tika Pulang Dari Kursus Separuh MasaSapiee Ahmad RazalyDewan Sastra15 November 1976
Masalah kebudayaan kebangsaan: pelaksanaanya dibuat separuh hatiChek MatMastika1 November 1990
Tokyo: kota raya yang sesak, tercemar dan separuh gilaNeill, PeterDewan Budaya1 February 1981

Kembali ke atas