Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paruh2
Kata Terbitan : separuh,

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Naik bendera separuh tiang;
Kalau datang si jantung hati,
     Bulan mengambang kusangka siang.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bulan[bu.lAn]kata namacontoh kain atau kertas berbentuk separuh bulatan sebagai pengukur tebukan leher baju kurung Johor atau baju teluk belanga.Besa mane bulan baju kau ni?[b«.sA mA.n« bu.lAn bA.dZu kAw ni]Keratan leher baju engkau besar mana?

Kembali ke atas