Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paruh2
Kata Terbitan : separuh,

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Naik bendera separuh tiang;
Kalau datang si jantung hati,
     Bulan mengambang kusangka siang.


Lihat selanjutnya...(8)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sesal Separuh Nyawa Tiada20169789670890876
Isteri Separuh Masa Tiada20159789675067969
Cinta separuh mati Tiada2013978-983-124-884-3
Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985 Tiada1984 
Kekasih separuh masaKarnaDya Solutions Sdn. Bhd.Tiada2010378-967-5367-63-2
Pertandingan separuh akhir forum remaja 1992 peringkat kebangsaanDewan Bahasa dan PustakaTiada1992 
Pertandingan Separuh Akhir Malam Sekalung SeniDewan Bahasa dan PustakaTiada1992 
Bengkel Kajian Separuh Penggal Tindakan Strategik 2011-2015Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Pertandingan Koir (Separuh Akhir) Festival Bahasa dan Sastera 2011Dewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Lubang dari separuh langitAKY PressTiada2004978-98341-3-9
1234

Kembali ke atas