Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paruh2
Kata Terbitan : separuh,

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Naik bendera separuh tiang;
Kalau datang si jantung hati,
     Bulan mengambang kusangka siang.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti.
Kurik Kundi Merah SagaKalau datang kapal serati, Naik bendera separuh tiang; Kalau datang si jantung hati, Bulan mengambang kusangka siang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau datang kapal serati, Naik bendera separuh tiang; Kalau datang si jantung hati, Bulan mengambang kusangka siang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau begini naga-naganya, Naga hidup kita kan lari; Sungguh begini dagang rasanya, Badan hidup separuh mati.
Kurik Kundi Merah SagaMinum kopi taruh susu, Kurang manis taruh gula; Kalau ikut hawa nafsu, Kalau tak mati separuh gila.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri terbang di awan, Hinggap mari di kayu jati; Hatinya rindu kepada kawan, Rinduku jua separuh mati.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi minum kopi, Kalau tak manis taruh gula; Kalau tak boleh bagai di hati, Kalau tak mati separuh gila.

Kembali ke atas