Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasang1 (kata nama)
Bersinonim dengan jodoh, kelamin;,
Kata Terbitan : sepasang, berpasangan, memasangkan, pasangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih.1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari.
2. Pipi gadis itu merah sekali.
3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga ....
4. Kakak suka menanam pokok orkid.
5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik.
Tatabahasa26.12.2012
Rumus yang manakah yang betul untuk menukarkan ayat aktif dengan dua objek kepada ayat pasif? AA : Ibu membelikan saya sepasang kasut. Rumus 1 AP: Saya dibelikan oleh ibu sepasang kasut. Rumus 2 AP: Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu. Mohon bantuan, terima kasih.Rumus ayat pasif yang betul ialah 'Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu". Ayat pasif yang mempunyai dua objek, hanya objek tepat yang bertugas sebagai subjek.

Tatabahasa20.05.2014
Dalam kedua-dia ayat di bawah, ayat yang manakah betul penggunaan imbuhannya / kedua-dua ayat betul? Kenapa? 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. 2. Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Masalah ini sering kami temui dalam proses pengajaran di sekolah. Semoga persoalan kami ini dapat terjawab. Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. Ayat ini betul kerana kata kerja yang terbentuk dengan apitan men...kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif. 2. Ibu membeli sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 194-196.

Lain-lain04.04.2010
Tuan, Minta beri tunjuk ajar.Adakah ayat berikut betul?jika tidak,tolong betulkan . 1.Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam . 2.Kakak menenun sepasang kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. Terima kasih.1.Ayat "Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam" adalah ayat yang betul. Manakala  ayat kedua pula perlu ditukar kepada  "Kakak menenun kain untuk dibuat sepasang baju kebaya/ Kakak menjahit sepasang baju kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti.Tatabahasa20.02.2018
1 wang saku diberikan oleh ayah kepada saya. 2. sepasang sepatu dibelikan oleh ayah kepada saya. tuan, kedua-dua ayat di atas, jawapan yang diberikan adalah "diberi" dan "dibeli". namun, saya berasa tidak tepat. apakah pandangan tuan?

Jawapan "dibeli" dan "diberi" adalah betul kerana apabila objek sipi asal (wang saku dan sepasang sepatu) berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek yang baharu manakala objek tepat yang asal (saya) berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi nama kepada atau untuk, kata kerjanya tidak mengandungi -kan. Oleh itu, ayat pasif tersebut berasal daripada ayat berikut:

1. Ayah memberi wang saku kepada saya.

2. Ayah membeli sepasang sepatu untuk saya.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194 - 196.

Tatabahasa06.04.2011
1) di kalangan adik-beradik atau di kalangan adik. 2) sepasang seluar atau sehelai seluar.

1. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat.     Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, frasa yang betul ialah dalam kalangan adik-beradik

2. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, sepasang bermaksud satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap dan sehelai bermaksud satu helai. oleh itu, jawapan yang betul ialah sehelai seluar.
Tatabahasa20.03.2011
Selamat sejahtera, ayat di bawah adalah betul atau tidak? Karangan autobiografi (Aku sepasang kasut sekolah): 1. Aku telah berkenalan dengan banyak kawan baharu seperti Adidas, Nike dan lain-lain. 2. Aku telah berkenalan dengan banyak kawan baharu seperti Adidas, Nike dan sebagainya. Terima kasih.Kedua-dua ayat ini betul. kata banyak dalam ayat kedua ialah kata bilangan. Banyak bermaksud bukan sedikit atau tidak sedikit, dan banyak boleh digunakan untuk kata nama bukan manusia dan manusia. Contoh: banyak orang yang mempunyai cita-cita tinggi. Oleh itu, penggunaan "banyak kawan" adalah betul.

Tatabahasa29.04.2015
definisi budaya berpasanganMerujuk Kamus Dewan, budaya ialah 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~; ~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa; Berpasangan pula ialah 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pasangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. Walau bagaimanapun,budaya tersebut boleh didefinasikan mengikut konteks yang bersesuaian.Lain-lain01.09.2010
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku...1. sebatang cangkul, sebatang jarum.

2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. 

Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll).  tali atau benang. 

Buku pula penjodoh bilangan  untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang.


Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang.
Tatabahasa10.08.2014
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan tangguh kerja anda. 2. Ibu bapa menjadi teladan kepada anak. 3. Wanita itu membeli sepasang telekung yang baharu. 4. Air tasik itu sangat tenang. 5. Kucing ini terjun dari bumbung rumah. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan adalah betul. Ayat pertama misalnya, betul dan lazimnya digunakan dalam ayat perintah.Tatabahasa28.09.2012
12

Kembali ke atas