Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.tu] | سڤاتو

Definisi : 1. sj pakaian (diperbuat drpd getah, kulit, dll), kasut, kaus; 2. sesuatu yg menye-rupai sepatu (spt alas kaki meja dll); ~ besi Id = ~ kuda ladam; ~ luncur kasut luncur; ~ roda kasut roda;bersepatu memakai sepatu: dia ~ kilat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.tu] | سڤاتو

Definisi : ; bunga (kembang) ~ Id sj tumbuhan (pokok kecil), bunga raya, Hibiscus rosa-sinensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.tu] | سڤاتو

Definisi : pakaian yg digunakan utk me­nutup dan mengalas kaki; kasut. ~ luncur sepatu yg mempunyai bilah logam yg nipis pd tapaknya, yg dipakai utk meluncur di permukaan ais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepatu

Puisi
 

Pakai sepatu Indera Bangsawan,
     Sayang pak imam pergi ke kota;
Jangan begitu wahai kawan,
     Teguhkan iman di dalam dada.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
track shoesepatu balapKesenianTiadaKasut atau sepatu sukan tanpa tumit yang bertali hingga ke hujung jari. Biasanya diperbuat daripada kulit kanggaru dan bahagian dalamnya berlapik lembut, dan empat pepaku pasang tanggal dipasang pada bahagian tapak hadapan.
footwear manufacturepembuatan kasutEkonomiTiadaPembuatan pelbagai jenis sepatu yang sebahagian besarnya daripada kulit, kain dan bahan-bahan lain tetapi biasanya tidak termasuk sepatu yang sebahagian besarnya diperbuat daripada getah, kayu atau plastik.
guide shoesepatu panduKejuruteraanPetroleumPeranti mekanik yang dipasangkan pada bahagian hujung rentetan selongsong. Peranti ini dibuat daripada keluli, (berbentuk silinder pendek dengan bahagian dalamnya diisi dengan konkrit serta mempunyai hujung yang membulat. Tujuan pemasangan peranti ini adalah untuk membantu melancarkan proses penurunan selongsong ke dalam telaga. Dengan adanya peranti ini, selongsong tidak akan tersangkut-sangkut akibat dinding telaga yang tidak rata. Pada bahagian tengah sepatu ini terdapat satu lubang yang membolehkan bendalir masuk ke dalam selongsong ia diturunkan dan juga untuk membolehkan simen keluar semasa oeprasi penyimenan).
pile shoesepatu cerucukKejuruteraanTiadaHujung daripada besi tuang pada kaki cerucuk kayu atau cerucuk konkrit, untuk memudahkan penusukan ke dalam bumi.
shoe controversypertikaian sepatuSejarahTiadaTiada
elf shoe foldlipatan sepatu periPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk kasut peri.
Cinderella's slipper foldlipatan sepatu ratuPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk kasut Cinderella dalam cerita dongeng Inggeris.
footwearkasutGeografiTiadaAlas kaki seperti selipar, sepatu dan lain-lain.
footwearkasutPentadbiran PerniagaanTiadaAlas kaki seperti selipar, sepatu dan lain-lain.
borrowed wordkata pinjamKesusasteraanTiadaKata-kata asing yang diambil dan digunakan dalam sesuatu penulisan. Contoh: Portugis: almari, sepatu, engsel; Bld : kamar, arloji, ap-naam; Arab : fikir, rujuk, miskin; Sanskrit : raja, syurga, naraka.
12

Kembali ke atas