Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.tung] | سڤاتوڠ

Definisi : sibur-sibur; bagai ~ mandi = selama ~ cebok prb menyatakan waktu yg sebentar sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.tung] | سڤاتوڠ

Definisi : beberapa jenis serangga pe­mangsa yg mempunyai badan yg panjang, mata yg besar dan dua pasang kepak yg mengembang apabila hinggap; sibur-sibur, Anax junius; Plathemis lybia dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepatung

Peribahasa

Bagai sepatung mandi.

Bermaksud :

Sebentar amat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya hendak bertanya tentang perkataan "pepatung". Adakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam buku latihan sekolah. Entri untuk perkataan ini tidak ada dalam kamus. Yang ada "sepatung" dan "sibur-sibur".Perkataan "pepatung" memang ada dalam bahasa Melayu dalam bentuk istilah.  Perkataan ini telah ditambah baik menjadi "patung-patung" untuk entri di dalam kamus. Perkataan "pepatung" boleh digunakan dan tidak salah, namun untuk lebih tepat kami cadangkan agar perkataan "patung-patung" atau "sibur-sibur" digunakan di peringkat sekolah.  Terima kasih.Istilah23.01.2018
merujuk kepada kamus dewan edisi kedua: [riang] | رياڠ Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Adakah riang-riang boleh disingkatkan kepada reriang? [re.riang] | ررياڠ Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Reriang I Definisi : riang-riang (sj serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Reriang I Definisi : riang-riang (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Soalan kedua: Patung-patung = Dragonfly? Sepatung = Dragonfly? Pepatung = Dragonfly?1. Perkataan reriang boleh digunakan.

2. Padanan bahasa Melayu bagi dragonfly ialah pepatung atau patung-patung.
Tatabahasa24.09.2017

Kembali ke atas