Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,

Peribahasa

Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
negeri atau bidang kuasa yang merentasi sempadan negeri atau bidang kuasa berkenaan. Tindakan ini meliputi semua perbuatan mengalihkan maklumat yang dilakukan oleh pengguna atau proses tanpa mengira kesahihannya. Tindakan ini sepatutnya dikawal oleh pemilik maklumat berkenaan sebagai suatu dasar keselamatan untuk perlindungan kerahsiaan dan integriti maklumat. amaran (Ig. alert; Br. amaran; Id. sinyal siaga) Makluman atau permohonan untuk tindak balas serta yang telah diubah suai oleh pengguna hasad, pengguna berkenaan akan membekalkan maklumat peribadi seperti ID log masuk, kata laluan atau nombor kad kredit. Maklumat tersebut tidak dihantar ke lokasi yang sepatutnya, tetapi disalurkan ke sebuah komputer lain yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat tersebut tanpa disedari pengguna. Pengguna hasad kemudiannya akan mengutip maklumat terkumpul tersebut untuk kegunaan peribadi. Kaedah ini juga sering

Kembali ke atas