Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pe.nuh] | سڤنوه

Definisi : 1. = daun ~ sj tumbuhan (pokok), babi kurus, berangan babi, giring-giring minyak beruk, Quercus lucida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pe.nuh] | سڤنوه

Definisi : secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pe.nuh] | سڤنوه

Definisi : tidak ada kecualinya; selengkapnya; semuanya: Ketika belajar, kita hendaklah memberikan ~ perhatian kpd pengajaran guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepenuh

Puisi
 

Apa guna berambut panjang,
     Kalaulah tidak disisir rapi;
Apa guna berkasih sayang,
     Kalaulah tidak sepenuh hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Diberi berpadang luas.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan/frasa 'kumembencimu sepenuh hati' tepat dan dibenarkan mengikut tatabahasa bahasa Melayu? (Khususnya 'kumembencimu' ku- dan - mu yang terikat kepada perkataan membenci).Penggunaan perkataan kumembencimu boleh digunakan.Tatabahasa07.09.2018
JAWATAN KOSONG PEMBUNGKUS (PACKER) (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Kekosongan untuk cawangan di Jalan Kapar Keutamaan diberi kepada pekerja perempuan Tempat kerja yang berhawa dingin Kemasukan segera Sila hubungi nombor telefon di bawah untuk menetapkan tarikh temuduga : 03-78040333 / 014-9299385 (Rajiv) / 012-2262317 (Rozi)sila kemukakan soalan anda.Lain-lain23.05.2014
JAWATAN KOSONG PACKERS / PEMBUNGKUS (Lelaki / Perempuan) Sepenuh Masa/ Separuh Masa Menawarkan gaji yang lumayan Tempat bekerja yang berhawa dingin Pekerja Perempuan di alu- alukan Minimum SPM Sila datang dan membawa bersama sijil-sijil yang berkaitan ke : Jadi Imaging Technologies Sdn Bhd Lot 719, Jalan Kapar/ KU 6, Kawasan Industri Klang Utama, 41200, Klang, Selangor. Tel : 03-32905134/ 32905148/ 78040333Sila kemukakan soalan anda.Lain-lain23.05.2014
Permohonan Soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu. Assalalmualaikum dan Salam sejahtera. Saya SITI SYAKIRAH BINTI SAZALI, pelajar sepenuh masa DOCTOR OF PHILOSOPHY (COMPUTER SCIENCE) di UiTM SHAH ALAM ingin memohon soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu untuk penyelidikan saya. Bagaimanakah caranya untuk proses permohonan ini?Segala permohonan mengenai data tesaurus, puan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Peristilahan melalui talian 03-21479159 (Puan Siti Nur Atiqah binti Amirudin).Lain-lain31.10.2016
Kepada Tuan/Puan, ingin membuat aduan tentang cara memohon kain rentang dan papan iklan tidak dapat digunakan sepenuh kerana tak ada butang untuk membuat permohonan baru dalam login ke dewan bahasa. Harap tuan / puan boleh dapat memberikan sedikit tunjuk ajar sebab sudah banyak saya sudah masuk tak dapat cari pemohonan baru dari klik itu. Terima KasihMulai 1 Jun 2017, setiap pengesahan iklan baharu akan dikenakan bayaran. Permohonan iklan baharu perlu menggunakan sistem baharu iaitu http://dbpsahbahasa.my/ dan permohonan kemas kini atau pembetulan masih menggunakan sistem lama hingga 14 Jun 2017. Lain-lain06.06.2017
SETAKAT MANA SURVIVAL PUISI PADA MASA KINI?Di Malaysia sehingga kini tidak ada pengarang yang menjadikan bidang penulisan puisi sebagai kerjaya sepenuh masa dan kebanyakannya menjadikannya sebagai kerja sampingan. Sehingga kini sukar untuk mengukur survival puisi dalam kehidupan.Lain-lain05.08.2007
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama?"agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.
Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa08.10.2012
Ini adalah susulan daripada soalan pertama. Berikut adalah capaian yang dimaksudkan. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhtpBJFnL-U2_p4vDs4OyOHQua64HErMhBU6c3B5X6hVYN2Q/viewform Di dalam borang tersebut, pihak sekolah menggunakan sepenuh huruf besar. Adakah amalan ini betul dan dibenarkan dalam penulisan? Borang tersebut juga saya lampirkan dalam format PDF. Terima kasih.Seperti dalam jawapan kami sebelum ini, penggunaan huruf kecil atau besar dalam dokumen bergantung pada ketetapan pihak penganjur/pemilik. Yang diberikan penekanan ialah penggunaan bahasa dan ejaannya, hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku. Huruf kecil atau besar boleh digunakan , namun pada kebiasaannya yang banyak ditemukan ialah penulisan seperti dalam ayat, iaitu huruf pertama pada awal ayat dan kata nama khas sahaja ditulis dengan huruf besar.Lain-lain12.03.2021
Animals do not engage in political quarrels. They are in the utmost fellowship with one another and live together in harmony. Terjemahannya: Haiwan tidak terlibat dalam pertengkaran politik. Mereka hidup dalam persahabatan sepenuh dengan satu sama lain dan hidup bersama secara berharmoni. Adakah terjemahan ini sesuai. Bolehkah "mereka" digunakan ketika merujuk kepada haiwan? Apakah terjemahan yang lebih sesuai.

Cadangan terjemahan yang sesuai ialah:
Haiwan tidak terlibat dalam pertengkaran politik. Haiwan hidup berkumpulan secara harmoni.
 
atau
Haiwan tidak terlibat dalam pertengkaran politik dan hidup berkumpulan secara harmoni.

Kata ganti diri "mereka" ialah kata ganti nama yang digunakan untuk manusia dan bukan untuk binatang.

Lain-lain11.12.2019
Selamat pagi, pertanyaan saya berbunyi begini. Penggunaan singkatan atau akronim ( UKM, SPRM, TVET). Bagaimanakan penggunaan singkata atau akronim yang betul bagi mencetak sepanduk atau kain rentang yang betu? Adakah boleh terus dengan sinkatan atau akronim atau perlu menulis sepenuh ayat kemudian singkatan atau akronim ditulis dalam kurungan cth: TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION TRAININ (TVET). Sekian terima kasih

Bagi sepanduk atau kain rentang, singkatan atau akronim rasmi sesebuah institusi itu boleh digunakan (contoh: UKM, SPRM, DBP). Walau bagaimanapun, untuk singkatan TVET, perlu dinyatakan nama bahasa Melayu terlebih dahulu, iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tatabahasa14.11.2019
123

Kembali ke atas