Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.te.ga/] | سڤرتݢق

Definisi : Mn sepersalinan pakaian: sekarang dia hendak pulang, spt sediakala juga, dgn nasi sebungkus dan kain ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepertegak


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sepertegakMn sepersalinan pakaian: sekarang dia hendak pulang, spt sediakala juga, dgn nasi sebungkus dan kain ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegak1. berdiri: lambat amat ibu ~; 2. lurus ke atas (garisan, tiang, sikap badan, dll): dia berdiri ~; 3. tidak berbengkang-bengkok, lurus, tepat (pandangan): gunakan benang halus dan jarum halus supaya ~ jahitannya; 4. ki tetap tidak berubah, tetap teguh (pen-dirian dll): mereka tetap ~ dgn pendirian mereka; 5. = setinggi ~ sama tinggi dgn orang berdiri, sependiri; 6. wujud dan ber­kembang (sesuatu yg abstrak): mereka meng­anggap bahawa agama itu ~ di atas sang­kalan ter-sebut; ~ cancang tegak lurus (letak telinga binatang dll); ~ damar tempat memasang damar; ~ duduk sekejap berdiri sekejap duduk (gelisah); ~ ekor menunjukkan keberanian dan ke-garangan masing-masing; ~ tegun tegak dan tidak bergerak-gerak; ~ pd yg datar prb tetap berpegang pd ke­benar­an; ~ sama tinggi, duduk sama rendah prb dua orang yg sama darjatnya; ~ seroman-roman, duduk serupa-rupa prb dipandang rupa sbg orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dlm masyarakat; yg ~ disokong, yg lemah ditopang prb orang yg kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yg miskin patut dibantu pula; setegak setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya); tegak-tegak 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~; bertegak; ~ lutut duduk dgn lutut ditegakkan; ~ nama Mn berkenduri utk memberi nama; ~ penghulu Mn merasmikan perlantikan peng­hulu;menegak 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia meng­hala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke pering­kat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); menegakkan 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuh-kan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau memper-tahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pen-dapat, pendirian, kebenaran, dll), mempertahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; tertegak tiba-tiba berdiri tegak, terdiri: bebe-rapa minit kemudian kereta itu pun ~ di depan pejabat besar; dgn ~nya keadilan, seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undang-undang; ketegakan perihal tegak, kedudukan; penegakan perihal menegakkan; penegak 1. sesuatu yg menegakkan (men­dirikan), pendiri; 2. orang (pihak) yg mem­perjuangkan sesuatu: ~ kebenaran; sepertegak Mn sepersalinan pakaian: sekarang dia hendak pulang, spt sediakala juga, dgn nasi sebungkus dan kain ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas