Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ti.ma.na] | سڤرتيمان

Definisi : sebagaimana, seperti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepertimana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah ejaan yang betul bagi perkataan "sepertimana" dan "bagaimana". Di dalam kamus Dewan keempat dan http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sepertimana, ejaan adalah "sepertimana". Tetapi, saya mendapat maklumat ejaan tepat adalah "seperti mana". Apakah hukum yang digunakan dalam menentukan ejaan ini perlu jarak atau tidak? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  ejaan yang betul ialah "sepertimana" dan "bagaimana" dieja satu perkataan.Ejaan22.10.2019
Saya ingin bertanya penggunaan perkataan i. sepertimana /seperti mana ii. agar / supaya iii. berhubung/mengenai/berkenaan boleh berikan contoh sekaliSepertimana bermaksud sebagaimana, ... sepertimana yang tercatat dalam dokumen perjanjian. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan yang lain, sila rujuk laman web DBP.Tatabahasa24.10.2014
Mohon ejaan yang betul bagi perkataan: Sepertimana atau Seperti mana?Menurut data kami, ejaan yang betul ialah sepertimana. Untuk maklumat lanjut, sila layari sepertimana">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sepertimanaEjaan09.11.2015
saya ingin mendapatkan panduan dari pihak tuan. Yang mana satu adalah benar? 1)catat atau catit? 2)....sepertimana yang tercatat ...atau .....sepertimana yang tercatit...?Ejaan yang betul ialah catat dan tercatat.Ejaan10.11.2011
Ejaan 'sepertimana' dieja 'seperti mana' atau 'sepertimana'; atau tidak wujud penggunaannya? Atau ada perkataan yang lebih sinonim untuk digunakan di dalam surat/dokumen rasmi. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah seperti mana.Ejaan05.08.2019
sepertimana atau sebagaimana?

Saudara Fazli,

Perkataan sepertimana, sebagaimana dan seperti mempunyai maksud yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Tatabahasa18.04.2010
Ejaan terkini yang diguna pakai bagi perkataan "seperti mana" atau "sepertimana". Pohon pencerahan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah 'sepertimana'.Ejaan16.07.2014
Terima kasih di atas cadangan nama 'Armada Buana' dan 'Armada Betara Kala'. Sepertimana yang telah saya maklumkan tadi pihak syarikat kami bercadang menamakan kapal baru itu bermula dengan huruf "P" sepertimana kapal FPSO awal kami 'Perkasa' maka nama kapal kedua yang bakal siap ini akan juga dinamakan bermula dengan huruf "P". Kalau boleh, nama itu hendaklah nama yang simple dan senang disebut dan diingat lebih-lebih lagi pelangan kami adalah terdiri dikalangan orang asing. Terima kasih.Cadangan lain ialah Pawana Buana. Pawana ialah angin atau bayu; atau Perwira Buana; atau Peterana Buana. Peterana ialah tempat duduk raja. Lain-lain26.02.2008
Salam sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan ia dan dia. Adakah dia merujuk kepada objek yang abstrak juga sepertimana penggunaan ia? Kedua, jika ia mengalami kependekkan daripada kata dia kepada ia, mengapa tidak sama situasi sepertimana penggunaan kependekan bagi kata ganti nama diri ku dan kau yang dirapatkan dengan kata kerja?Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.Sastera16.08.2017
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologiEjaan yang betul:
1. sepertimana
2. kuambil
3. draf
4. skim 
5. pelaksanaan 
6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada  Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri)
7. periuk
8. enjin 
9. walaupun 
10. kaset
11. professor 
12. tragedi
13. televisyen
14. jawatankuasa
15. estetika
16. geran
17. logik
18. sambung
19. awet
20. batalion
21. psikologi
Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my.
Ejaan22.12.2015
12345678

Kembali ke atas