Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ti.ma.na] | سڤرتيمان

Definisi : sebagaimana, seperti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepertimana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parallel spheresfera selariMatematikTiadaSfera samawi sepertimana yang dapat dilihat oleh pencerap di kutub, apabila jasad samawi kelihatan bergerak selari dengan ufuk.
argument of perigeeargumen perigiMatematikTiadaSudut atau arka, sepertimana yang dapat dilihat dari fokus orbit elip, dari nod menaik ke pendekatan terhampir jasad mengorbit ke arah fokus. Sudut ini diukur pada satah orbitan mengikut arah gerak jasad mengorbit.
HispanicismkesepanyolanKesusasteraanTiadaPerkataan atau ayat atau tatacara melafazkan bahasa Sepanyol sepertimana di dalam bahasa Inggeris.
code of conducttatakelakuanPentadbiranPentadbiran Awam

Sikap, tingkah laku, gelagat individu atau kumpulan individu yang dinyatakan dan termaktub dalam peraturan perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam diwajibkan mematuhi tatakelakuan sepanjang tempoh perkhidmatannya sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tatakelakuan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam kehidupan seperti memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, pakaian, pemunyaan harta, peminjaman wang, penglibatan dalam politik, kehadiran ke pejabat, pelaksanaan tugas, rasuah dan lain-lain lagi. Pelanggaran tatakelakuan ini menyebabkan kakitangan perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan dan hukuman.

littoral statenegara pesisirUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNegara yang mempunyai pantai. Negara pesisir mempunyai kedaulatan di perairan pedalaman dan laut wilayah, serta hak dan kewajipan di zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua, sepertimana diperuntukkan dalam Konvensyen Undang- Undang Laut PBB 1982.
disciplinary actiontindakan tatatertibPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah yang diambil ke atas anggota perkhidmatan awam yang melanggar mana-mana peruntukan tatakelakuan. Pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 termasuklah apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkaitan dengan tatakelakuan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tersebut ialah Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepertimana yang diperuntukkan menurut Fasal (5A), (5B), (6) atau (6A), Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan. Antara tindakan tatatertib yang boleh diambil termasuklah pemberian amaran, pengenaan denda, pembuangan kerja, penurunan pangkat, perlucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, penurunan gaji, penahanan kerja, penggantungan kerja dan pelbagai lagi bergantung kepada jenis kesalahan tatatertib yang dilakukan.

democratic architectureseni bina demokratikKesenianSeni BinaPendekatan seni bina yang menerapkan prinsip-prinsip demokrasi dalam reka bentuk ruang dan bahasa seni binanya. Pendekatan seni bina ini berkembang pesat di Amerika Syarikat pada awal dan pertengahan abad ke-20, yang dipelopori oleh Frank Lloyd Wright dan Louis Sullivan sebagai pengasasnya. Prinsip utama pendekatan seni bina ini ialah mereka bentuk bangunan yang dapat memenuhi keperluan rakyat atau mesra rakyat, sepertimana ungkapan yang berbunyi �dekat dengan rakyat, daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat�.

Kembali ke atas