Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pi] | سڤي

Definisi : 1. tidak riuh, senyap, sunyi: kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yg tidak putus-putus; 2. tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dll), lengang: awak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya; 3. ki tidak meriah (sambutan bkn sesuatu dll), dingin: kunjung-annya ke sana telah mendapat sambutan yg ~ sekali; memandang (menganggap) ~ ki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat; menyepi 1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik juga turut ~; menyepikan menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka; ~ diri meng­hindar-kan diri drpd orang banyak, menyepi; kesepian 1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek itulah sahaja yg memecah-kan ~; 2. berasa sepi (kerana keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri; penyepian perbuatan menyepi atau menyepi-kan diri: selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yg paling penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pi] | سڤي

Definisi : 1 tidak riuh-rendah; senyap; sunyi: Saya suka duduk seorang diri di tempat yg ~. 2 tidak banyak orang; tidak ada orang atau kenderaan; lengang: Bandar Manos telah menjadi bandar yg ~. bersepi-sepi bersendirian di tempat yg sepi. menyepi 1 pergi ke tempat yg sepi; mengasingkan diri ke tempat yg sepi. 2 menjadi sepi (sunyi). menyepikan menjadikan sepi: ~ diri mengasingkan diri; memencilkan diri. kesepian 1 keadaan sepi; kesunyian: Utk menghilangkan ~, dia pergi menonton wayang. 2 berasa sepi; berasa sunyi: Dia ~ tinggal seorang diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan dingin: hambar, tawar,
Berantonim dengan meriah

3. Bersinonim dengan lengang: hening, sirap, tenang,

Kata Terbitan : menyepi, kesepian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sepi kalau dalam hutanSoalan anda tidak jelas.Lain-lain16.06.2010
Adakah terdapat tanda "-" pada kata ganda "hingar bingar" dan "sunyi sepi"? Menurut kamus dewan edisi keempat tidak ada "-" pada kedua-dua perkataan ini. Bukankah tanda "-" itu penanda kata ganda?hingar bingar dan sunyi sepi dieja tanpa tanda sempang. kata bingar dan sepi membawa makna dan boleh berdiri sendiri. Tatabahasa03.04.2008
Apakah jawapan untuk soalan di bawah: 1. Antonim Suasana di pasar raya itu riuh dengan suara pembeli. riuh A. bising B. sunyi C. senyap D. sepi Apakah perbezaan antara sunyi, senyap dan sepi? Terima kasih.Perkataan yang paling tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "sepi".Tatabahasa17.10.2014
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia
2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak.
Tatabahasa09.07.2012
Istilah larut malam merupakan kata majmuk dan istilah tersebut terkecuali daripada mengikut hukum DM, maknanya boleh digunakan. Pertanyaan; Sekiranya saya memberi tugasan menganalisis kesalahan tatabahasa kepada pelajarnya seperti menganalisis kesalahan lirik lagu. Contoh; Bila larut malam Suasana sepi Bolehkah ditulis: Apabila larut malam, suasana menjadi sepi atau Apabila malam sudah larut, maka suasana pun menjadi sepi
Kedua-dua ayat diberikan betul.
Lain-lain13.09.2017
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas?Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'.Tatabahasa25.11.2008
Assalamuaikum..saya nak tanya.saya tengah mencari 2 novel dari Dewan Bahasa yang bertajuk musim sepi dan sutan baginda..dimana saya boleh mendapat buku tersebut kerana buku tersebut sudah lama. Boleh ke saya tempah dari Dewan Bahasa. bagaimana cara saya hendak memohon untuk dapatkan buku tersebutWaalaikumussalam,

Jika buku itu untuk dipinjam, boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (Perpustakaan) DBP.  Tetapi sekiranya ingin membelinya saudara boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP di talian 03 21479636/9677/9680
Lain-lain20.08.2014
mohon penjelasan maksud inflakasta. Untuk makluman tuan, perkataan ini merupakan tajuk drama dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, teks baharu KOMSAS tingkatan 2.Berdasarkan sumber rujukan kami, tiada perkataan atau huraian yang berkaitan dengan perkataan inflakasta. Kami akan membuat rujukan lanjut dan meng-e-mel jawapannya nanti kepada pihak saudara.Sastera19.01.2011
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya.Istilah11.11.2010
Selamat petang Macam mana hendak membezakan imbuhan me-...-i dan me-...-kan? Saya mendapati bahawa contoh ayat dalam kamus dewan dan pelita bahasa berbeza kegunaannya. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini gramatis? a. Dia pula tidak sepi drpd meminjamkan beras atau wang kpd tetangganya. (Kamus Dewan) b. Usahawan itu meminjamkan Ah Long wang. (Pelita bahasa) Selepas imbuhan me-...-kan, perlu diikuti dengan objek yang bernyawa atau tidak? Dalam pelita bahasa juga mencatatkan ayat "Usahawan itu meminjamkan wang daripada Ah Long" tidak gramatis. Jadi, ayat yang berikut yang manakah gramatis? a.) Ali meminjamkan Ravi nota-nota kuliah. atau b.) Ali meminjamkan nota-nota kuliah kepada Ravi. Sekian, terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 1212), maksud 'meminjamkan' ialah memberikan barang dan lain-lain untuk dipinjam. Daripada contoh ayat yang dibertikan, ayat yang gramatis ialah meminjamkan wang atau meminjamkan nota. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 190 - 217.

Tatabahasa03.06.2010
12

Kembali ke atas