Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pi] | سڤي

Definisi : 1. tidak riuh, senyap, sunyi: kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yg tidak putus-putus; 2. tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dll), lengang: awak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya; 3. ki tidak meriah (sambutan bkn sesuatu dll), dingin: kunjung-annya ke sana telah mendapat sambutan yg ~ sekali; memandang (menganggap) ~ ki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat; menyepi 1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik juga turut ~; menyepikan menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka; ~ diri meng­hindar-kan diri drpd orang banyak, menyepi; kesepian 1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek itulah sahaja yg memecah-kan ~; 2. berasa sepi (kerana keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri; penyepian perbuatan menyepi atau menyepi-kan diri: selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yg paling penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pi] | سڤي

Definisi : 1 tidak riuh-rendah; senyap; sunyi: Saya suka duduk seorang diri di tempat yg ~. 2 tidak banyak orang; tidak ada orang atau kenderaan; lengang: Bandar Manos telah menjadi bandar yg ~. bersepi-sepi bersendirian di tempat yg sepi. menyepi 1 pergi ke tempat yg sepi; mengasingkan diri ke tempat yg sepi. 2 menjadi sepi (sunyi). menyepikan menjadikan sepi: ~ diri mengasingkan diri; memencilkan diri. kesepian 1 keadaan sepi; kesunyian: Utk menghilangkan ~, dia pergi menonton wayang. 2 berasa sepi; berasa sunyi: Dia ~ tinggal seorang diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan dingin: hambar, tawar,
Berantonim dengan meriah

3. Bersinonim dengan lengang: hening, sirap, tenang,

Kata Terbitan : menyepi, kesepian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
onomatopoeiatiru bunyiKesusasteraanPuisiBahasa kiasan yang diterapkan oleh penyair yang lazimnya dipadankan atau ditiru daripada sesuatu bunyi, suara, siulan atau gema yang dikeluarkan sama ada oleh manusia, binatang atau objek tertentu. Contohnya, puisi berjudul "Gakgakgak" Karya A. Ghafar Ibrahim. Sinonim ajukan, onomatopia. gagak-gagak bukan mau berlagak gagak-gagak jiwa mereka menggelegak hidupkan api api kehidupan segar nikmati sepi sepi yang tidak mati-mati gak ...
quiescent cellsel sepiFizikTiadaTiada
quiescent prominenceprominens sepiFizikTiadaTiada
quiescent pointtitik sepiFizikTiadaTiada
quiescent pointtitik sepiKejuruteraanTiada2. Titik pada lengkung ciri penguat yang mewakili keadaan-keadaan yang wujud apabila isyarat masuk adalah sifar. [KE]
voice exit modelmodel suara sepiPentadbiranTiadaModel kesatuan yang menuatakan bahawa adalah lebih baik bagi ahli menyuarakan ketidakpuasan hati mereka daripada membuat keputusan untuk mengundur diri.
dead soundbunyi matiKomunikasiTiadaKeadaan yang sunyi sepi. Contohnya, tidak terdapat sebarang bunyi yang boleh dikesan oleh alat pengesan bunyi di dalam sesebuah bilik yang bertutup.
personificationpengoranganKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang memberikan keadaan, suasana dan benda bersifat manusia. Contohnya, 'sepi menggigit' dan 'rindu melambai' dan seumpamanya. Sinonim personifikasi.
lamentrintihanKesusasteraanPuisiPuisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.
imaginationpencitraanKesusasteraanPuisiBerkait rapat dengan proses pembayangan dan pencerminan sesuatu objek atau unsur alam semulajadi. Semakin tinggi daya bayang seseorang penyair semakin realistiklah sesuatu unsur yang dicitrakannya, walaupun belum pemah dilihat dalam alam realitinya. Puisi ini menggambarkan tentang situasi, tempat, peristiwa, objek dan sebagainya. Contohnya, puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonirn imaginasi. Azan pagi dan hatiku sepi jauh dari tangis Liza tawa Ani fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota.

Kembali ke atas