Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.poi] | سڤوي

Definisi : sl askar India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.poi] | سڤوي

Definisi : ; sepoi-sepoi, = ~-~ basa (bahasa) perlahan-lahan (bkn tiupan angin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepoi
Bahasa Asal :sastera lama
Rujuk :askar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gentle breezeangin sepoi-sepoiPerikananTiadaAngin yang bertiup secara perlahan-lahan pada kelajuan 4 hingga 5 m/saat. Angin ini sangat menyamankan dan tidak mendatangkan bahaya kepada aktiviti pelayaran.
ghost-formbentuk bayanganKesusasteraanTiadaTanda-tanda yang kelihatan sebagai bukti kepada satu kejadian yang akan berlaku. Contoh: alamat-alamat yang terjadi sewaktu kelahiran seseorang tokoh seperti kelahiran Raden Inukartapati dalam Panji Melayu di mana bulan terang-benderang, angin sepoi-sepoi bahasa, istana raja patah puncaknya dan sebagainya yang membawa petunjuk bahawa tokoh tersebut akan menjadi seorang yang terbilang kemudiannya.
light windangin sepoiGeografiTiadaHalaju angin yang sangat perlahan bila dilihat pada skala Beaufort.
light breezebayu sepoiGeografiTiadaAngin yang mempunyai halaju 4 - 7 knot pada skala Beaufort.
light breezebayu sepoiSains MarinTiadaAngin yang mempunyai kelajuan 4-7 knot pada skala Beaufort. Angin ini menghasilkan ketinggian ombak dalam lingkungan 0.2-0.5 m.
eyemataMeteorologiMeteorologi PerhubunganIstilah ini biasanya bermaksud mata ribut, iaitu kawasan hampir bundar, dengan angin yang agak sepoi dan cuaca baik yang tedapat di pusat siklon tropika yang hebat. Di kawasan mata ribut, angin umumnya bergerak pada kelajuan 10 knot atau kurang, tidak terdapat hujan, dan kadang-kadang langit kelihatan biru. Diameter mata berubah-ubah dari 6 km hingga lebih daripada 60 km, biasanya di antara 20 km hingga 40 km. Pencerapan moden menunjukkan bahawa bentuk dan saiz mata sentiasa berubah-ubah.
eyemataSainsHidrometeorologiIstilah ini biasanya bermaksud �mata ribut� (hurikan, taufan); iaitu kawasan hampir bundar, dengan angin yang agak sepoi dan cuaca baik yang terdapat di pusat siklon tropika yang hebat. Angin ini umumnya 10 knot atau kurang; tidak terdapat hujan; kadang-kadang langit kelihatan biru. Garis pusat mata berubah-ubah dari empat batu atau hingga lebih daripada empat puluh batu; saiz biasanya adalah di antara dua belas dan dua puluh lima batu. Pencerapan moden menunjukkan bahawa mata tidak tetap dalam keadaan mantap tetapi bentuk dan saiznya sentiasa berubah-ubah.
tropical cyclonesiklon tropikaSainsHidrometeorologiSiklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 mb), angin kencang dan hujan mencurah; kdang kala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit.
tropical cyclonesiklon tropikaMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 hpa), angin kencang dan hujan curah; kadangkala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit.
galebadaiSains MarinTiadaAngin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika).

Kembali ke atas