Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perlahan-lahan atau lemah lembut (tiupan angin), silir-semilir: angin yg tadinya bertiup dgn ~ bahasa telah berubah menjadi ganas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sepoi-sepoi
Kata Terbitan : sepoi-sepoi bahasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul. 1.angin sepoi-sepoi. 2.angin sepoi-sepoi bahasa.Frasa yang lazim digunakan ialah angin sepoi-sepoi atau sepoi-sepoi bahasa.Tatabahasa26.07.2013
Tuan, Yang mana lebih tepat; angin sepoi-sepoi bahasa atau angin sepoi-sepoi basah?Yang betul ialah angin sepoi-sepoi bahasa.Tatabahasa15.03.2007
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
1.Di pantai Teluk Cempedak,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. 11.Kanako berminat untuk mempelajari bahasa di Jabatan Bahasa dan Linguistik. 111.Sahadah dikenali sebagai seorang gadis mempunyai budi bahasa. 1v.Bahasa melambangkan budaya sesuatu kaum. jawapan:1 & 11 mengapa 111 & iv salah?Untuk makluman ayat i, ii dan iv. adalah betul. Ayat iii. adalah salah. Ayat yang betul ialah: Sahadah dikenali sebagai seorang gadis  yang mempunyai budi bahasa.Tatabahasa23.11.2012

Kembali ke atas