Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perlahan-lahan atau lemah lembut (tiupan angin), silir-semilir: angin yg tadinya bertiup dgn ~ bahasa telah berubah menjadi ganas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sepoi-sepoi
Kata Terbitan : sepoi-sepoi bahasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ghost-formbentuk bayanganKesusasteraanTiadaTanda-tanda yang kelihatan sebagai bukti kepada satu kejadian yang akan berlaku. Contoh: alamat-alamat yang terjadi sewaktu kelahiran seseorang tokoh seperti kelahiran Raden Inukartapati dalam Panji Melayu di mana bulan terang-benderang, angin sepoi-sepoi bahasa, istana raja patah puncaknya dan sebagainya yang membawa petunjuk bahawa tokoh tersebut akan menjadi seorang yang terbilang kemudiannya.
galebadaiSains MarinTiadaAngin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika).

Kembali ke atas