Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pu.nya] | سڤوڽا

Definisi : dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pu.nya] | سڤوڽا

Definisi : ist dipunyai bersama-sama oleh dua kuantiti atau lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepunya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
common railrel sepunya (kejuruteraan)Makna04.04.2007
Salam sejahtera. Mohon jelaskan makna awalan 'se-' dalam perkataan-perkataan berikut: sehingga, secara, seterusnya, setiap, setibanya dan sesetengah. Terima kasih.Awalan kata dasar akan berubah menjadi kata adjektif terbitan apabila ditambah awalan se-. Antara contoh lain ialah  sedalam, sepunya, sebulat, sesudah dan lain-lain.  Tatabahasa22.10.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apakah terjemahan yang tepat bagi istilah common morality? Carian saya di laman PRPM mendapati istilah morality diterjemahkan sebagai moraliti, kemoralan dan kesusilaan apabila digandingkan dengan kata yang berbeza. Terima kasih.Ketiga-tiga istilah,iaitu moraliti, kemoralan dan kesusilaan adalah betul dan boleh digunakan. Perkataan "common" juga mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti biasa, lazim, sepunya, bersama, umum dan terbuka.  Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "common morality"  bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Istilah ini mungkin boleh diterjemahkan kepada kemoralan sepunya, kemoralan lazim dan sebagainya.Istilah15.04.2016
Kenapakah istilah purushotama tidak diterbitkan.ia disebabkan kerana perkataan ini boleh dipinjam dari perkataan jawa.contoh perkataan yang dbp dikemaskini adalah paripurna,pawitera,tunabusana,wisesa,swadarma,adiningrat,bupati,narapat,sita boleh dicetak kenapa purushotama tidak diterbit.Untuk makluman tuan, perkataan baharu dimasukkan dalam data kamus atau istilah yang dibina berdasarkan keperluan pengguna. Jika DBP dibekalkan dengan maklumat yang lengkap, sebarang kata boleh dimasukkan dalam data dan ini amat baik untuk menambah perbendaharaan kata Bahasa kita. Bahasa Melayu bahasa sepunya rakyat Malaysia dan DBP sendiri mengalu-alukan sumbangan pengguna bahasa untuk mengayakan bahasa kita.Lain-lain18.05.2018
Apakah terjemahan Bahasa Melayu bagi istilah berikut? 1. Ecosystem services 2. Provisioning services 3. Regulating services 4. Cultural services 5. Supporting services 6. Sense of welcoming 7. Sense of place 8. Sense of belonging

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1.  Ecosystem services: Khidmat ekosistem



2. Provisioning services: Khidmat pembekalan



3. Regulating services: Khidmat kawalan



4. Cultural services: 
 Khidmat budaya



5. Supporting services: Khidmat sokongan



6. Sense of welcoming: Perasaan dialu-alukan



7. Sense of place: Perasaan setempat



8. Sense of belonging:
Perasaan sepunya



 Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.







Makna24.02.2021

Kembali ke atas