Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pu.pu] | سڤوڤو

Definisi : saudara sedatuk (sene­nek); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepupu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan 'sepupu' terdapat dalam kamus Dewan, tapi perkataan gandaannya 'sepapat' tidak disenaraikan. Perkataan 'sepapat' masih digunakan dalam novel, berita & majalah, tetapi mengapa perkataan ini tiada didaftarkan? Mohon pencerahan.Kami menyarankan tuan ke laman http://ekamus.dbp.gov.my/Default.aspx untuk mencadangkan perkataan "sepapat" dimasukkan ke dalam kamus dewan. Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.
Lain-lain28.09.2014
sepupu dan kakak berenang di kolam renang. Ayat ini betul tak kalau permulaan ayat guna sepupu dan kakakAyat tersebut betul dari segi tatabahasanya.Tatabahasa19.03.2015
Salam. Saya ada kemusykilan tentang anak buah dan anak saudara. Apakah berbezaannya? Apakah panggilan kepada anak sepupu kita? Adakah dipanggil anak saudara? Dan betulkah gelaran anak buah itu merujuk kepada anak kepada adik beradik kita sahaja? Mohon pencerahan. Terima kasih.Anak buah bermaksud orang-orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga atau orang yang temasuk dalam sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang. Anak saudara bermaksud anak kepada abang (kakak) atau adik. Tiada panggilan khusus kepada anak sepupu. Walau bagaimanapun dalam budaya Melayu masih menggunakan istilah anak saudara, iaitu anak saudara sepupu.Tatabahasa10.10.2017
Apakah makna SAUDARA..SEPUPU...SAUDARAMARA..KELUARGA...TKMerujuk Kamus Dewan, saudara ialah orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat. Sepupu ialah saudara sedatuk (senenek). Saudara mara pula ialah semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.12.2008
"Pusara Pak Long, Mak Long dan sepupu mereka berdua dikebumikan secara sebelah-sebelah." Betulkah ayat ini?Cadangan ayat yang betul ialah: 
1. Jenazah Pak Long dan Mak Long dikebumikan bersebelahan dengan sepupunya. 
2. Pusara Pak Long dan Mak Long bersebelahan dengan sepupunya. 
Tatabahasa25.03.2021
Ween Zarul Feb 18th, 5:26am Saya ambil gambar ini di FB sepupu saya.... Cuba lihat simpulan bahasa menara gading.. Sungguh mengecewakan....Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Lain-lain25.02.2015
Harus Jujur Aug 14th, 5:44pm Maaf..saya ada soalan..bole saya tahu, adakah bahasa pendidikan melayu di malaysia sama seperti bahasa melayu pendidikan di singapura?..sbb saya ada dpt contoh dari pelajar di malaysia(sepupu) tentang ejaan bahasa melayu yg betul..kerana muskil saya bertanya di lelaman ini..jutaan terima kasih.Sistem bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura adalah sama. Malahan Singapura juga menjadi pemerhati dalam Sidang MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia. Walaupun begitu aspek budaya antara kedua-dua negara tidaklah sama seratus peratus. Hal ini memberikan kesan kepada aspek sosiolinguistik dalam bahasa tersebut.Lain-lain14.08.2015
Saya ingin bertanya tentang apakah suku kata bagi perkataan "megelap" kerana saya agak keliru tentangnya.. Bagi saya suku kata bagi perkataan in adalah "menge lap" ataupun "meng e lap" kerana imbuhan baginya adalah "menge" tetapi cikgu sepupu saya mengatakan bahawa suku kata bagi "mengelap" adalah "me nge lap"..Sebenarnya apakah suku kata bagi perkataan yang hanya mempunyai satu suku kata(had, cat...)Sukukata bagi perkataan tersebut ialah me. nge. lap.Tatabahasa30.10.2008
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012
mohon tanya, apakah perbezaan bagi "orang mati" dan "orang yang mati"?

Dari aspek makna, orang mati dan orang yang mati adalah sama. Dari aspek tatabahasa, perbezaan pada penggunaan  kata hubung pancangan relatif ‘yang” berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.

Sila rujuk contoh yang berikut:

i.      Orang mati tidak mungkin hidup semula.

ii.     Orang yang mati akibat kemalangan semalam ialah sepupu saya.

Tatabahasa18.09.2014

Kembali ke atas