Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.but] | سرابوت

Definisi : 1. serat spt yg terdapat pd sabut (kulit kayu dll), sesuatu yg berupa serat; akar ~ akar pokok yg tidak mempunyai akar tunjang (buluh dll), akar yg berambu-rambu; 2. berambu-rambu, berbulu-bulu (tali, benang, dll); 3. = ~ perut Kl terharu (fikiran), risau, runsing; berserabut 1. berambu-rambu (tali, benang, dll), tidak kemas, berserat-serat, kusut: pakai-annya semua kain yg mahal-mahal, tetapi pd setengah-setengah tempat, telah ~ benang-nya; 2. ki tidak menentu, kucar-kacir (fikiran dll): setelah selesai ia membaca buku itu, fikirannya jadi ~ utk mencari pertimbangan; menyerabuti ki menyelubungi atau menyusah-kan (fikiran): persoalan yg ~ kepalanya kini akan terjawab juga akhirnya; menyerabutkan menjadikan (fikiran) kusut: persoalan itu ~ fikirannya; keserabutan 1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; tragedi konven-sional Greek yg dimulai dgn kegembiraan dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.but] | سرابوت

Definisi : benda spt benang, spt yg terdapat pd sabut (kulit kayu); serat. berserabut 1 ada serabutnya. 2 ber­bulu-bulu atau berambu-rambu pd bahagian tepinya (bkn tali, benang dll). 3 ki tidak menentu fikirannya; kucar-kacir; kelam-kabut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serabut (kata nama)
Bersinonim dengan serat, gentian;,
Kata Terbitan : berserabut, menyerabutkan, keserabutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM 
KACA GENTIAN

Kaca gentian juga dinamakan kaca serabut,

ialah kaca dalam bentuk gentian halus (bebenang).

Gentian ini mungkin banyak kali lebih halus

daripada rambut manusia, dan kelihatan serta

berasa seperti sutera.

UMUM 
TEMBIKAI WANGI

Tembikai wangi ialah jenis tembikai yang ditanam.

Kulit tembikai wangi mempunyai corak serabut bak

jaring dan isinya berwarna jingga, rasanya manis dan

berbau wangi. Tembikai wangi ditanam dengan

meluas, terutamanya di Amerika Syarikat.

Empulur kuning tembikai wangi adalah sumber

penting vitamin A dan C. Tembikai ini terdiri

daripada lebih kurang 90 peratus air, sembilan

peratus karbohidrat dan satu peratus protein.

Mungkin tembikai wangi mula ditanam di India.

Tetapi, sejak awal lagi orang Mesir juga

menanamnya dan tembikai wangi dimakan oleh

orang Yunani dan Rom.

UMUM 

Kembali ke atas