Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.han] | سرهن

Definisi : apa-apa yg diserahkan: anakku, aku serahkan ke dlm tanganmu, ~ yg bulat-mulat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.han] | سرهن

Definisi : (sesuatu) yg diserahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Saya ingin menanyakan prosedur terbaharu serahan manuskrip novel untuk tujuan penerbitan di DBP. Apakah format terbaharu? Haruskah sertakan sinopsis? Memadaikah jika dihantar melalui e-mel sahaja? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera tuan,

PENERBITAN NOVEL DBP

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) novel dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Salinan keras (hard copy) manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini.
  • Novel minimum 200 halaman (dewasa)
  • Sediakan sinopsis novel
  • Sediakan surat penyerahan manuskrip.
  • Manuskrip boleh die-melkan kepada Ketua Editor: nurjulia@dbp.gov.my

Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Ketua Editor Bahagian Buku Sastera,
Aras 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain22.04.2021
Apakah terjemahan yang tepat untuk "hand delivery" dan "hand delivered" yang maksudkan sesuatu yang diserahkan secara peribadi?Kami mencadangkan padanan ‘serahan tangan’ untuk istilah bahasa Inggeris ‘hand delivery’. Istilah ‘serahan tangan’ juga telah digunakan dalam industri pos untuk merujuk pada penghantaran dokumen atau barang terus tangan si penerima atau wakil.Istilah22.08.2017
Pihak kami bercadang untuk menamakan bilik di pejabat. mohon pengesahan penggunaan bahasa yang betul sama ada: 1) Bilik Serahan Tender atau 2) Bilik Penyerahan TenderBilik Penyerahan Tender betul. Tetapi cadangan kami yang lebih tepat ialah Bilik Serah Tender.Tatabahasa11.12.2008
Apakah istilah "pick up zone" dan " drop off" dalam bahasa Melayu?
Terjemahan bagi pick up zone ialah zon kutipan manakala drop off pula ialah serahan.
Penyemakan dan penterjemahan02.11.2020
Assalaamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam ramadhan Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istiliah berikut: 1. Diversity management 2. Job assigned 3. Procedural injustice 4. Distributive injustice Sekian dan terima kasih.1. Diversity management = Pengurusan Kepelbagaian
2. Job assigned = Serahan Tugas
3. Procedural injustice = Tatacara/Prosedur Ketidakadilan
4. Distributive injustice = Agihan Ketidakadilan
Makna20.05.2019
Ada tak istilah untuk "handouts"? merujuk kepada maksud di bawah. a document given to students or reporters that contains information about a particular subject.Dalam bidang Komunikasi, Perpustakaan dan Pentadbiran, istilah bahasa Melayu untuk “handouts” ialah kertas sebaran atau bahan serahan.Istilah21.03.2018
Salam sejahtera,saya ingin mengetahui cara untuk mendapatkan semula manuskrip novel yang telah dihantar lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Sila kemukakan kepada pihak kami maklumat berikut bagi membolehkan pihak kami mengambil tindakan:

  1. Judul manuskrip.
  2. Tarikh serahan manuskrip.
  3. Editor projek.
  4. No rujukan fail yang berkenaan.

 

Lain-lain21.10.2010
Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah Drop Point, Drop Zone dan Drop Off?Istilah "drop point" boleh diterjemahkan sebagai "takat titis" (bidang Kejuruteraan) manakala "drop zone" diterjemahkan sebagai "zon jatuh" (bidang Aeroangkasa) atau "zon jatuhan" (bidang Sukan). Kami mencadangkan istilah "drop off" diterjemahkan sebagai "merosot", "berkurangan" atau "serahan", bergantung pada konsep dan konteks penggunaan istilah tersebut.Istilah04.10.2020
Tuan, Lanjutan daripada emel saya sebelum ini yang bertanyakan padanan yang sesuai bagi perkataan 'trust', bersama-sama ini saya lampirkan penggunaan perkataan 'trust' dalam penulisan membincangkan tentang koperasi. Perkataan tersebut berulang-ulang kali digunakan dengan banyak sekali. Mohon nasihat tuan.Menurut rujukan kami, trust bermaksud kepercayaan, serahan atau amanah untuk menyimpan atau menjaga sesuatu tanpa apa-apa kepentingan benifisial.


Perkataan trust perlu ditukar kepada kepercayaan atau percaya mengikut konteks ayat.
Makna24.08.2018
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul?

Salam sejahtera,

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

 

Lain-lain12.07.2010
12

Kembali ke atas