Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérai); terserai terserak, tersebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sj tum-buhan (rumput yg daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus; 2. = ~ wangi sj tumbuhan (rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul), Cymbopogon nardus; ~ kayu sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha; ~ kemangi ki kerabat yg jauh; gulai lampau ~, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan; serumpun bagai ~, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tumbuh-tumbuhan yg seakan-akan lalang yg digunakan sbg ramuan dlm masakan, Cymbopogon citratus. ~ wangi nama sj serai yg lebih wangi drpd serai biasa, Cymbopogon nardus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serai
Kata Terbitan : terserai,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
serunding kacang[s«.Äun.diN kA.tSAN] sejenis lauk yang diperbuat daripada kacang soya (direbus dan digoreng) dan kelapa muda, serta (ikan kering, cili kering, gula Melaka, daun limau purut, cekur, serai, lengkuas, daun kunyit yang semuanya digoreng dahulu), kemudian digaul sebati dan ditumis.   

Kembali ke atas