Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérai); terserai terserak, tersebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sj tum-buhan (rumput yg daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus; 2. = ~ wangi sj tumbuhan (rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul), Cymbopogon nardus; ~ kayu sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha; ~ kemangi ki kerabat yg jauh; gulai lampau ~, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan; serumpun bagai ~, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tumbuh-tumbuhan yg seakan-akan lalang yg digunakan sbg ramuan dlm masakan, Cymbopogon citratus. ~ wangi nama sj serai yg lebih wangi drpd serai biasa, Cymbopogon nardus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serai
Kata Terbitan : terserai,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lemon grass (Cymbopogon citratus)serai (Cymbopogon citratus)PertanianTiadaTiada
lemon grass oilminyak seraiKimiaTiadaTiada
citronella grass (Cymbopogon nardus)serai wangi (Cymbopogon nardus)PertanianTiadaTiada
oil of citronellaminyak serai wangiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
nervinenervinHerbaTiadaHerba yang menenangkan dan menyuburkan sistem saraf. Contoh herba ini ialah pegaga, serai dan lavender.
fungicidefungisidHerbaPemiawaianAgen yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat. Contohnya, minyak pati daripada serai wangi (Cymbopogon nardus).
lecithinlesitinHerbaPemiawaianSebatian dalam kumpulan fosfolipid yang banyak terdapat dalam tumbuhan. Contohnya, lesitin terdapat dalam daun serai kayu (Syzygium polyanthum).
medicinal planttumbuh-tumbuhan berubatHerbaTiadaTumbuh-tumbuhan liar atau tanaman ladang yang digunakan untuk tujuan perubatan. Contohnya, pegaga, patawali, serai wangi, mas cotek, tongkat ali dan pokok pulai.
aromatic planttumbuhan beraromaHerbaPemiawaianTumbuhan yang mengandungi komponen kimia berbau harum. Komponen ini terdapat dalam bentuk minyak pati. Contohnya, serai wangi (Cymbopogon nardus) dan nilam (Pogostemon cablin).
aromatic planttumbuhan beraromaHerbaFitokimiaTumbuhan yang mempunyai bau pada mana-mana bahagiannya kerana mengandungi minyak pati. Contohnya, daun sirih dan serai wangi. Minyak pati yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sebatian yang mudah meruap. Tumbuhan beraroma atau minyak pati yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut digunakan dalam industri minyak wangi, sebagai bahan perasa dan aromaterapi. Lihat juga minyak meruap.
1234

Kembali ke atas