Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%).Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). Tatabahasa14.12.2011
salam 1 malaysia, soalan 1. adakah ayat di bawah sesuai untuk ayat dibawah? 2. Adakah penggunaan 'di' perlu dijarakkan atau dekat? Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih dari 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas diantara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) diantara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) diantara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) diantara 1 – 5 tahun. terima kasih1. Ejaan "di" untuk kata sendi nama dijarakkan seperti di Kuala Lumpur dan di atas, manakala "di" sebagai imbuhan perlu dirapatkan seperti dibuat dan disepak. 
2. Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih daripada 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas antara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) antara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) antara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) antara 1 – 5 tahun.
Ejaan02.03.2015
salam 1 malaysia. yang manakah contoh ayat yang sesuai digunakan untuk menunjukkan penggunaan 'adalah tinggi' atau 'ialah tinggi' dalam ayat berikut; contoh 1. Berdasarkan kepada Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru adalah tinggi. contoh 2. Berdasarkan kepada Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru ialah tinggi. mohon pembetulan jika perlu. terima kasihBerdasarkan Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru ialah tinggi.Tatabahasa25.08.2015
Selamat sejahtera tuan / puan. Kata bilangan jamak "ramai" merujuk kepada bilangan yang tidak dapat dikira manakala "banyak" merujuk bilangan yang dapat dikira. Adakah kenyataan ini betul? 1.Sebanyak 40 orang guru bertugas di sekolah saya. atau 1. Seramai 40 orang guru bertugas di sekolah saya. 2. Dia berasal daripada keluarga berada. atau 2. Dia berasal dari keluarga berada. 3. Puan Normala graduan daripada Universiti Malaya. atau 3. Puan Normala graduan dari Universiti Malaya. Penerangan tuan / puan amat berguna kepada saya dalam P&P bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.1. Perkataan ramai dan banyak, kedua-duanya merujuk bilangan yang ramai sama ada boleh dikira atau sebaliknya. Tidak ada perbezaan penggunaan ramai dan banyak dalam konteks bilangan/jumlah yang dibezakan hanyalah ramai khusus kepada manusia, manakala banyak untuk manusia dan bukan manusia.
2. Dia berasal daripada keluarga berada. Kata sendi nama "dari' khusus untuk tempat, arah dan masa.
3. Puan Normala graduan dari/daripada Universiti Malaya. Kedua-dua kata sendi nama dalam konteks ayat ini betul kerana boleh merujuk tempat dan boleh merujuk sumber.
Tatabahasa15.09.2015
Assalamualaikum...Saya ingin melanggan Majalah Dewan Siswa. 1. Bagaimana prosedur langanan sekiranya saya ingin melanggan bagi pihak pelajar ? Seramai hampir 30 pelajar yang dah membayar duit kepada saya untuk melanggan selama setahun. 2. Saya ada mendengar bahawa majalah dewan siswa sukar diperoleh dan lambat penghantarannya kepada pelanggan ? adakah benar ? 3. Kadang kala saya ingin membeli di kedai buku, namun sukar diperoleh. 4. saya tinggal di parit raja, batu pahat, johor. ada atau tidak pengedar majalah dewan daripada DBP di kawasan tersebut. kalau ada, saya mahu alamat agar mudah memperoleh bahan tersebut. Sekian, terima kasih. Nizam Guru bahasa melayu SMV Batu Pahat, JohorUntuk melanggan majalah Dewan Siswa, Sdr boleh menghubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Isa Khamis di talian 0123219456.
Lain-lain08.05.2012
Salam Sejahtera. 1. Apakah terjemahan untuk "lay juror" dalam Bahasa Melayu? 2. Apakah perbezaan antara "kedua-dua negara" dan "kedua negara"? Adakah penggunaan istilah "kedua negara" ini salah? Terima kasih.1. Kami mencadangkan lay juror ialah juri awam. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian.

2. Perkataan kedua-dua negara tepat kerana mengikut hukum D (diterangkan) - M (menerangkan) dan kedua-dua di sini membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua.

Kedua negara tidak tepat kerana tidak mengikut hukum D - M. Kedua membawa maksud dalam bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga, oleh itu contoh pembentukan yang betul ialah, negara kedua, tempat kedua, dan tahap kedua.
Penyemakan dan penterjemahan13.09.2021
salam sejehtera 1. Ada berapa banyak orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut ? Adakah ayat tanya tersebut betul betul berdasarkan jawapan yang diberi seperti berikut; Sebanyak tiga puluh orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Ada berapa ramai orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut?

Jawapan yang betul ialah:
 Seramai 30 orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Tatabahasa21.08.2016
SAYA BEKERJA DI SEBUAH IPT DAN MENGURUSKAN MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR DIPLOMA. SAYA MOHON PENCERAHAN PERKATAAN YANG SESUAI DIGUNAKAN SAMA ADA GRADUASI@GRADUAT@ PERKATAAN LAIN YANG LEBIH SESUAI. CON: 1. PENGESAHAN SENARAI LAYAK/ TIDAK LAYAK BERGRADUAT BERDASARKAN KEPUTUSAN.... 2. bersetuju seramai 78 orang pelajar semester enam (6) layak untuk bergraduat pada Majlis.. TERIMA KASIHKamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduat  dan graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Ejaan04.03.2015
Adakah ayat berikut betul dan jika salah sila nyatakan alasannya dan ayat yang betul. 1. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanaka autistik ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah. 2. Ini sering menyebabkan... 3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan. 4.Dari seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga-keluarga profesional. 5. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Sdr. de miraz, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

berikut diberikan ayat yang telah dibaiki untuk perhatian Sdr.

 1. Ahli keluarga perlu tabah dan sabar menghadapi kanak-kanak autistik ini. Mereka perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi menghadapi masalah seperti ini. Oleh sebab  banyak perhatian perlu diberikan kepada kanak-kanak seperti ini ia mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga sendiri anak sepenuh masa di rumah.  2. Ini sering menyebabkan...  3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan.  4.Daripada  seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisme boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi, walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisme sering terdapat dalam kalangan keluarga-keluarga profesional.  5. Autisme ialah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan kanak-kanak yang menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering dijalankan tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses diagnosis.

 

Tatabahasa24.02.2009
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih.Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu.  Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80.Lain-lain11.03.2012
12

Kembali ke atas